Daging masak Palembang makan sekali mesti nak tambah lagi

Daging masak palembang makan sekali mesti nak tambah lagi
Daging masak palembang makan sekali mesti nak tambah lagi
A
A
A

SESEKALI bertukar selera membuat masakan berasaskan daging sedap juga.

Selain ia ringkas, daging masak Palembang ini jika dihidangkan satu lauk ini pun dah cukup makan dengan nasi panas-panas.

Cara penyediaan yang tidaklah sesusah mana pun hanya bahan-bahannya perlulah lengkap agar rasanya nanti tidak hilang.

Bolehlah korang cuba masak untuk dihidangkan bersama keluarga tercinta.

Menu ni boleh juga dinikmati dengan nasi lemak, dia punya nikmat tu padu tau!

Jadi, mari tengok macam mana nak buat ayam masak Palembang ni.

Bahan bahan:

  • Daging - potong lebar dan nipis
  • 2 batang serai - dititik
  • Santan
  • 1 sudu besar kerisik
  • kicap lemak manis
  • Kicap pekat

Bahan kisar:

  • 5 bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • Cili kering

Artikel berkaitan: Ayam masak buttermilk memikat selera

Bahan Tumis:

  • Kulit kayu manis
  • Bunga lawang
  • Bunga cengkih
  • Buah pelaga
  • Bawang merah - hiris
  • Bawang putih - hiris

Cara cara:

1. Panaskan minyak secukupnya dan tumis bahan tumis sehingga naik bau.

2. Selepas itu masukkan bahan kisar bersama serai yang dah di titik tadi sehingga pecah minyak.

3. Lepas tu baru lah masukkan daging dan gaul sebati. Biarkan daging sampai masak sampai la empuk kan.

4. Dah nampak daging sebati dan empuk baru masukkan kicap pekat serta cair dan diikuti dengan santan.

5. Kacau sekali-sekala sehingga masak dan kuah menjadi pekat. Masukkan kerisek, sedikit garam dan gaul rata. Masak sehingga daging empuk.

Ha senangkan nak buat, janji cukup bahannya.

Selamat mencuba!

Sumber: Zana Mokhtar

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca