HomeLifestyleDaging mudah empuk dengan...

Daging mudah empuk dengan tomato wanita ini kongsi caranya, tak perlu pressure cooker, jimatkan masa

Daging mudah empuk dengan tomato wanita ini kongsi caranya, tak perlu pressure cooker jimatkan masa

DAGING antara juadah raya yang selalu menjadi pilihan ramai. Dimasak menjadi rendang, dendeng atau sate, satu masalah penyediannya yang selalu dihadapi iaitu sukar empuk.

Kalau dapat bahagian yang lembut tak jadi masalah, bahagian berurat pula ambil masa masa lama untuk empuk. Malah adakalanya masih liat walaupun sudah dimasak lama.

Kredit foto: Freepik

Baca juga: Cara masak daging dendeng sedap, ini sukatan untuk sekilo daging

Kini anda tak perlu bersusah payah menggunakan pressure cooker atau memasak lama di dapur, hanya perap daging dengan tomato sudah mampu mempercepatkan proses melembutkannya

Perkongsian Liyaw Ah Seng ini menjadi perhatian warga maya hingga meraih lebih 300 perkongsian dalam masa beberapa jam.

“Nak dekat raya, saya kongsikan cara-cara untuk lembutkan daging, menjimatkan masa.

“Saya menggunakan tomato yang sudah dikisar. Caranya saya marinate atau perap daging dengannya. Guna tomato perap lama pun boleh,” jelasnya.

Kredit foto: Freepik

Baca juga: Ini 5 petua mudah hilangkan bau hamis daging kambing. Mesti ramai yang tak sangka

Daging tersebut tak perlu dibilas dan boleh dimasak terus.

Katanya lagi, sebelum ini menggunakan nanas tapi hasilnya daging jadi hilang teksturnya.

Iklan

“Dulu saya gunakan nanas, cuma bezanya nanas ni tak boleh lama. Nanti daging boleh jadi serunding,” katanya.

Warga maya ragu-ragu daging menjadi masam, Liyaw berkata ia sama tidak berubah.

  1. Baca juga: 1,900 share, resipi Rendang Ayam Cili Api Negeri Sembilan, pedas dan sangat sedap!

Selamat mencuba!

Iklan

Sumber: Liyaw Ah Seng

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Artikel Menarik

Terkini

Dari Penulis