Dekorasi interaktif dan katil lengkap dengan gelongsor, pilihan homestay mesra kanak-kanak di kota Melaka ini jadi rebutan

A
A
A

BAGI emak dan ayah, pilihan penginapan mesra kanak-kanak menjadi antara kriteria penting semasa bercuti.

Apatah lagi, kalau anak-anak jenis aktif dan suka bermain.

Kalau dapat bilik penuh dengan permainan dan lengkap dekorasi interaktif, pasti mereka tersenyum lebar.

Lagi satu, jika kawasan percutian tersebut mempunyai kolam renang, splash pool dan taman permainan, sudah cukup membuatkan si kecil teruja sampai tak nak baliklah.

Sekarang ini, sudah menjadi trend yang mana rumah persendirian diubah suai menjadi homestay untuk disewa pada hujung minggu.

Apa yang membuatkan ramai kagum bila pemilik kreatif sendiri membina ruang tidur untuk kanak-kanak lengkap mini playground.

homestay mesra kanak-kanak

Antara destinasi yang menjadi sebutan ramai ialah Wooden Walnut d'Bali Residence yang terletak di Kota Syahbandar, Melaka.

Mana tidaknya, rumah yang terletak di level 17 di dalam bangunan setinggi 38 tingkat itu bagaikan syurga buat si comel.

Kepada SinarPlus, pemiliknya, Abdul Rashid Mat Mahidin memberitahu, pihaknya sanggup membelanjakan hampir RM30,000 untuk menghasilkan ruangan mesra kanak-kanak.

homestay mesra kanak-kanak

"Dekorasi paling menonjol adalah katil yang mempunyai gelongsor yang membuatkan kanak-kanak tak akan duduk diam.

Baca juga 5 destinasi riadah mesra kanak-kanak di Negeri Sembilan, lokasi nombor 4 memang awesome

"Saya juga menyediakan permainan tradisional seperti congkak, blok kayu dan dam untuk mereka melepaskan rasa bosan," katanya kepada SinarPlus.

homestay mesra kanak-kanak

homestay mesra kanak-kanak

Bercakap soal reka bentuk dalaman inap desa tersebut, kakitangan awam berusia 41 tahun itu mengambil ilham daripada sumber Pinterest.

"Saya sukakan konsep yang simple dan mudah dikemas sebab saya faham, bila ada anak-anak, memang akan bersepah.

 

"Apa yang best di sini, ada kolam renang dan splash pool untuk kanak-kanak mandi-manda sampai puas," ujar anak jati Temerloh, Pahang itu.

Abdul Rashid berkata, pada asalnya rumah tersebut dibeli sebagai destinasi liburan buat mereka sekeluarga pada hujung minggu.

Baca juga Bilik penuh permainan dan dekorasi comel, ini 7 lokasi wajib singgah sempena cuti sekolah

"Sebelum ini, saya susah nak cari apartment berkonsepkan tradisional yang mesra kanak-kanak yang lengkap dengan kolam jenis splash untuk anak beriadah.

homestay mesra kanak-kanak

"Bila ada rezeki dapat beli rumah di service apartment sebegini, saya seronoklah sebab senang anak-anak nak mandi kolam," katanya yang kemudian membuka tempahan sejak Februari lalu.

Sambutan yang diterima cukup menggalakkan dan setiap hari pasti ada yang bertanyakan kekosongan bilik yang ditawarkan pada harga RM250 semalam.

homestay mesra kanak-kanak

Untuk mereka yang bermalam di sana, Abdul Rashid menyediakan kemudahan seperti peti sejuk mini, cerek elektrik, microwave, mesin basuh dan sabun.

Baca juga 5 destinasi tersembunyi di Janda Baik, lokasi healing mesra kanak-kanak sepanjang cuti sekolah

"Jadi, mereka yang datang menginap tak perlu risau sebab semua kemudahan asas disediakan. Bilik ini pun mempunyai panorama pantai dan boleh muat empat orang dewasa dan dua kanak-kanak.

homestay mesra kanak-kanak

homestay mesra kanak-kanak

"Kami juga menyediakan wifi dan perpustakaan mini. Selain kedudukan strategik di tengah bandar, lokasi ini juga berhampiran dengan Pantai Klebang dan Bandar Hilir," katanya.

INFO

Wooden Walnut d'Bali Residence

Alamat: Residensi Mutiara Bali, Kota SyahBandar, Jalan KSB 11A, Melaka

Waktu operasi: 24 jam

Harga: Bermula RM250

Kemudahan: Splash pool, kolam renang dewasa, taman permainan, gim, outdoor gym, skuasy, tenis, x-sport dan trek joging

Facebook: Wooden Walnut d'Bali Residence

Instagram: @woodenwalnuthomestay

homestay mesra kanak-kanak

homestay mesra kanak-kanak

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca