REKA bentuk masjid yang unik menggamit kehadiran pengunjung sama ada penduduk setempat atau pun orang luar.

Bukan sekadar untuk menunaikan ibadah wajib, ramai yang suka menghayati reka bentuk indah yang dibangunkan jurutera bertauliah.

Majoriti desain rumah ALLAH yang terdapat di kebanyakan negeri memang mempesonakan.

Malah, ia menjadi bangunan ikonik yang boleh dibanggakan.

Sudah tentunya tempat yang cantik menjadi spot OOTD buat mereka yang suka bergambar, apatah lagi semasa raya.

Memang gempaklah foto keluarga jika memilih untuk bergambar kenangan di hadapan masjid seusai solat.

Berikut antara lima masjid ikonik dengan rekaan tersendiri wajib disinggahi:

masjid ootd
SUMBER foto ITC.

1. Masjid Al-Bukhary, Alor Setar, Kedah

  • Masjid yang dibina sepenuhnya oleh Yayasan Albukhary dirasmikan pada 22 November 2001.
  • Mempunyai keluasan 1.98 hektar dan boleh menampung seramai 15,000 orang dalam satu masa.
  • Seni bina dataran sama seperti di Makam Imam AlBukhary di Samarkhand, Uzbekistan.

Baca juga 3 lokasi OOTD di sekitar Lembah Klang, boleh jadi ‘spot’ menarik bergambar pagi raya

masjid ootd
SUMBER foto ITC.

2. Masjid Kota Iskandar, Iskandar Puteri, Johor

  • Masjid moden dan futuristik bertemakan taman itu dibuka pada 16 Jun 2005.
  • Binaan seluas 3.08 hektar itu merupakan masjid negeri kedua selepas Masjid Sultan Iskandar.
masjid ootd
SUMBER foto: Facebook Oh My Tranung

3. Masjid Lapan Kubah, Besut Terengganu

  • Terkenal dengan gelaran Masjid Russia kerana reka bentuk kubah yang unik.
  • Persis St Basil Cathedral di Moscow, Rusia, binaan lapan kubah itu antara keunikan orang ramai untuk datang ke sana.

Baca juga ‘BerOOTD’, naik basikal, jungle trekking… rupanya banyak aktiviti boleh buat kat Pulau Jerejak

masjid ootd
SUMBER foto Sinar Harian.

4. Masjid Razaleigh, Gua Musang, Kelantan

  • Rasanya binaan masjid itu paling istimewa kerana menyerupai Masjidil Haram di Makkah.
  • Kos pembinaan bernilai RM28 juta dan setakat ini boleh memuatkan lebih 3,000 jemaah.
masjid ootd
SUMBER foto ITC.

5. Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar, Perak

Iklan
  • Antara bangunan ikonik yang cukup indah di Kuala Kangsar dengan kubah emas.
  • Sudah dibuka sejak tahun 1917, namun masjid tersebut masih menjadi lokasi favourite ramai.

Memang menarik dan cantik binaan semua masjid yang disenaraikan di atas.

Siap boleh jadi tempat OOTDlah pagi raya, kan?

masjid ootd
SUMBER foto: PEXELS.

Kalau dapat singgah semua masjid yang ada di seluruh negeri mesti best.

Boleh pupuk semangat suka datang ke masjid dalam kalangan anak-anak.

Iklan

Jadi, mana lagi masjid yang kalian rasa lagi gah untuk dikongsikan kepada kami?

Sila share dan komen ya!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.