DAPAT daging korban tahun ini tapi takut nak makan?

Bagi sesetengah segolongan barangkali risau nak makan daging kerana pelbagai sebab. Antaranya kerana sakit gout, risau dengan lemak daging, khuatir terlebih makan dan sebagainya.

Namun begitu, ada beberapa kaedah sebenarnya yang dapat membantu mengatasi kerisauan berkenaan.

Itu yang dikongsikan dietitian, Lily Moha di Facebook beliau baru-baru ini yang mungkin boleh dijadikan panduan:

Bagaimana kurangkan “bisa” daging?

1. Potong kecil. Bilas dengan air yang banyak sekurang-kurangnya 5 kali ganda dari jumlah daging.

2. Buang lemak yang nampak. Selepas masak kalau kelihatan lemak lagi, cedok keluar.

3. Masak hidangan yang ada sayur bersama. Contoh, rendang pucuk ubi dan mee celup.

4. Tingkatkan pengambilan sayur dan buah. Sayur dan buah ada lemak larut air yang bantu keluarkan kolesterol dan TMAO dari badan.

Ia juga melawaskan.

5. Minum cukup air. Pengambilan daging yang tinggi boleh menyebabkan sembelit.

6. Elakkan guna suhu terlalu tinggi seperti bakar dan goreng. Cuba guna kaedah rebus, sup, stew atau kukus.

Kurangkan suhu di bawah 150’C. Jika tinggi, sentiasa balikkan.

7. Perap dengan minyak zaitun, jus lemon, cuka balsam atau bawang putih. Ia membantu mengeluarkan TMAO dan HCA dari daging.

Komponen TMAO menyebabkan tinggi risiko kenaikan darah tinggi dan serangan jantung/stroke manakala HCA adalah komponen kanser.

Iklan

Akhirnya banyak mana kita makan itu tetap memainkan peranan. Kalau kita ikut yang atas ni tapi makan lebih dari keperluan, ia tidak akan membantu.

Sekali makan ukuran 2 kotak mancis. Kajian kata pengambilan lebih 8 hidangan sebulan akan meningkatkan risiko serangan jantung dan stroke.

Artikel berkaitan: Teknik memasak daging dan kesannya terhadap purine, penyebab gout

Iklan

Makan sikit-sikit ikut sunnah, sama macam kita sedang ikut sunnah menunaikan qurban.

Happy meat day. ❤️

Lily Moha,
Dietitian.

Moga bermanfaat!