DIY air basuhan beras buat muka jadi mulus glowing, selamat dan jimat poket

A
A
A

GUNAKAN air basuhan beras untuk kecantikan wajah, petua unik yang murah ini buatkan penulis excited nak cuba.

Penyanyi Mafarikha berkongsi melalui TikTok berkenaan petua yang dicubanya dan ia benar-benar menjadi.

“Kulit saya ditumbuhi jerawat halus. Selepas saya mencuba satu skincare viral Tiktok kulit ia semakin teruk,” kongsinya yang mengakui kulit menjadi gatal dan pedih.

Baca juga: Wanita ini dedah petua tradisi hilangkan jerawat halus, jeragat & menutup pori guna ais tomato. Kulit pun jadi tegang & cantik

Keadaan Mafa sebelum menggunakan air basuhan beras.

Berhenti menggunakan produk itu, Mafarikha beralih kepada petua rawatan wajah menggunakan air beras. Wajahnya tampak glowing dan kembali mulus.

Naib juara rancangan realiti TV Vokal Bukan Sekadar Rupa itu turut berkongsi cara penyediaan air beras yang praktikal dan mudah.

“Beras yang digunakan ialah beras yang dimakan hari-hari, bukan beras pulut atau lain-lain beras. Lepas tu boleh makan beras tu, tak ada masalah,” jelasnya.

Gambar hiasan (Kredit foto: Freepik)

Mafarikha yang mesra disapa Mafa menunjukkan caranya seperti berikut:

1-Ambil sedikit beras dan letakkan ke dalam balang kaca kecil.

2-Basuh ia dua kali dan pada kali ketiga simpan airnya. Biarkan beras terendam di dalam air tersebut dan tutup bekas.

3-Elakkan menggunakan air basuhan pertama kerana air tersebut tidak akan tahan lama.

4-Biarkan beras tersebut direndami air tersebut selama 24 jam di dalam peti ais.

5-Cukup masa, masukkan air tersebut ke dalam botol semburan atau spray.

6-Gunakan air tersebut sebagai toner pada wajah dan simpan ia semula ke dalam peti ais setiap kali digunakan.

7-Mafa menggunakan semburan air beras pada wajahnya pada waktu pagi dan malam  selepas mencuci muka.

8-Untuk kesan optimum, Mafa menggunakan skrub wajah yang halus sebanyak dua kali seminggu pada bahagian wajah ditumbuhi jerawat kecil untuk menggalakkan penyingkiran minyak yang menyumbat pori-pori keluar.

Baca juga: Sinaran matahari hasilkan serotonin bantu stabilkan mood, memberi rasa gembira

“Sebenarnya saya ambil masa dua minggu untuk nampak kesan. Kini skincare saya hanyalah pencuci muka, air beras dan sunscreen. Itu sahaja,” jelas Mafa.

Mengingatkan warganet agar menyimpannya di dalam peti sejuk, Mafa mendedahkan air beras juga bermanfaat untuk rambut dan bulu mata.

Carian SinarPlus mendapati air basuhan beras juga boleh meredakan kulit yang diselar cahaya matahari (sunburn). Caranya ialah dengan mencampurkan ia dengan jel aloe vera sebelum disapu ke bahagian badan yang terlibat.

Dah tau kebaikan air beras ni kalian jangan lupa cuba ya!

Baca juga: Rahsia cantik, sihat dengan jus kunyit, wanita ini kongsi resipi remedi turun-temurun yang mudah tapi berkesan

Sumber: TikTok Mafarikha

Foto utama: Freepik, TikTok Mafarikha

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca