SEPANJANG pandemik Covid-19, waktu kita berada di luar rumah amat terhad dan ini mengurangkan pendedahan kepada sinaran cahaya matahari.

Manusia bergantung kepada cahaya matahari untuk bekalan Vitamin D.

Lebih 50 peratus populasi penduduk dunia berisiko mengalami defisit vitamin D! Kurangnya vitamin D merencatkan pertumbuhan dan berisiko mengalami penyakit riket (kecacatan tulang).

Menghurai lebih lanjut, Dr Hafizah Halim menjelaskan, Malaysia menerima jumlah sinaran matahari yang banyak sepanjang tahun.

“Perlunya kita memanfaatkannya untuk medapatkan kesihatan tubuh yang baik.

“Ketika badan terdedah kepada cahaya matahari, sinaran ultrau ngu B masuk ke dalam kulit dan memecahkan 7-dehydrocholestrol kepada pre-vitamin D lalu bertukar kepada Vitamin D dengan bantuan suhu badan 37 darjah Celsius.

Bukan itu sahaja, Vitamin D baik untuk kulit.

“Terdedah kepada cahaya matahari pada waktu pagi seeloknya pukul 10 pagi adalah cara terbaik untuk meningkatkan level Vitamin D dalam tubuh badan.

“Diet sihat selalunya tidak dapat membekalkan Vitamin D dengan secukupnya kerana kurangnya makanan yang mempunyai khasiat nutrien tersebut,” kongsinya.

Iklan

Pendedahan kepada sinaran matahari yang cukup dapat meningkatkan semangat dalam menjalani hidup seharian. Sinaran matahari membantu dalam menghasilkan serotonin iaitu hormon yang baik untuk menstabilkan mood, memberi rasa gembira dan meningkatkan keyakinan diri.

“Jom cuba senaman ini untuk memulakan hari anda pada waktu pagi dan mengingatkan kita untuk menambah faktor cahaya setiap hari,” ajaknya.

Caranya, sejurus bangun pagi, selak langsir dan lihat keluar untuk menikmati cahayanya.

Iklan

Sambil melihat keluar, tarik nafas dalam-dalam dan tegakkan tangan sehingga ke atas kepala. Hembuskan nafas keluar, kemudian depakan tangan seluasnya dan gerakkannya turun sehingga sampai ke sisi badan. Sambil menghembus nafas, gerakkan bibir sehingga tersenyum lebar.

Ulanginya sehingga empat atau lima kali sebelum mulakan aktiviti harian anda. Moga bermanfaat.