APABILA ada pokok-pokok bunga di halaman rumah pasti nampak berseri. Namun kadang-kadang sahaja ia tidak mengeluarkan bunga, yang ‘meriah” daun sahaja. Sudah berbagai jenis baja digunakan, hasilnya tetap mengecewakan.

Baja adalah bahan yang mengandungi unsur pemakanan tumbuhan yang dibekalkan secara langsung kepada tanah bagi pertumbuhan tanaman. Maka sebab itulah baja yang sesuai mampu menjadikan pokok-pokok hiasan hidup subur dan mengeluarkan bunga dengan banyak.

Baca juga: Senangnya tanam kangkung dalam baldi, tak perlu guna racun serangga. Jimat dan selamat!

Selain daripada menggunakan baja kimia, baja galian atau mineral dan baja organik sintetik, anda juga boleh menggunakan baja yang dibuat sendiri. Bahan-bahan yang digunakan pula lebih kepada bahan semula jadi.

Baca juga: Guna garam epsom, tanaman jadi subur, elak daun keriting, bunga lebih besar

Melalui satu hantaran dilaman Facebook yang dikongsikan oleh Nurul Shima melalui grup Berkebun Tepi Rumah, berikut dikongsikan cara membuat sendiri baja bagi menggalakkan pertumbuhan pokok bunga.

Bahan yang digunakan pun tidak banyak dan kosnya murah.

Bahan:
1 botol Yakult
2 biji telur ayam
Botol air mineral (500 ml)

LANGKAH DEMI LANGKAH:

1.Campurkan semua bahan. Kacau rata hingga sebati.

2. Masukkan ke dalam botol air mineral 500 ml.

3. Peram minimum selama tiga hari. Lebih lama diperam, lebih baik.

Iklan

4. Apabila hendak digunakan, goncang terlebih dahulu bahan-bahan yang telah diperam  tadi agar semua bahan jadi sebati.

5. Tuangkan ke dalam baldi yang diisikan dengan dua liter air.

6. Siram pada batang pokok sahaja.

Hasilnya dapat dilihat dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas pokok-pokok bunga disiram dengan baja ini. Putik-putik bunga akan keluar dan pokok bunga akan berbunga dengan lebat.

Baca juga: Campuran kulit telur dan serbuk kopi terpakai, pokok subur tanpa guna baja kimia

Iklan

Sumber: Nurul Shima (Berkebun Tepi Rumah)

Oleh: Norhasliza Mohd Shafi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi