PENYANYI rapper terkenal Amerika Syarikat, Jaden Smith baru-baru berkolaboratif dengan New Balance (NB) dengan memperkenalkan Jaden Smith Vision Racers. Dengar cerita, memang laku keras!

Hasil pembacaan SinarPlus mendapati, kerjasama di antara kedua-duanya membuahkan hasil apabila inovasi berkenaan mendapat rebiu yang baik daripada pengguna di seluruh dunia dan laris di pasaran.

BACA JUGA Mitsui Outlet Fasa 3 sudah dibuka kepada semua. Peminat OBJET, adidas, Nike dan PUMA, jangan lepaskan peluang

BACA JUGA Warna gempak, ringan, rekaan bergaya dan mempesona, PUMA Run XX Nitro dicipta khusus untuk wanita aktif, suka berlari

Apa yang boleh diperkatakan, warna untuk kasut berkenaan sememangnya boleh menambat hati sesiapa yang melihatnya. Masakan tidak, padanan rona hitam, putih dan ungu telah diilhamkan daripada fenomena matahari terbenam dan album studio Smith bertajuk Syre.

Hasil pembacaan SinarPlus mendapati, kerjasama di antara kedua-duanya membuahkan hasil apabila inovasi berkenaan mendapat rebiu yang baik daripada pengguna di seluruh dunia dan laris di pasaran.

Menurut NB dalam satu kenyataan media, Vision Racer antara lain menggabungkan tapak tengah dengan 5 peratus EVA Regrind, insole separa kitar semula dan penggunaan 60 peratus bahan poliester kitar semula.

Iklan

“Poliester yang digunakan pada Vision Racer berasal daripada plastik yang dan bukannya minyak,” jelas kenyataan tersebut.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai NB untuk Jaden Smith Vision Racer Sunset Chaser Pack, layari www.newbalance.com.

Iklan

Kasut berkenaan telah pun dilancarkan secara global pada harga runcit RM659.

Kepada peminat NB, pembelian boleh dibuat di butik belah terkenal, Pavilion KL.

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan