Gangguan emosi selepas bersalin, 3 kaedah atasi masalah kemurungan

No Image Caption
A
A
A

PROSES kelahiran bayi boleh mencetuskan perubahan emosi kepada wanita seperti kegembiraan, gelisah dan ketakutan.

Ia juga boleh mengakibatkan ibu tersebut mendapat kemurungan.

Ramai ibu mengalami gangguan emosi selepas bersalin dengan tanda-tanda ringan dan pulih dalam masa dua minggu.

Namun demikian, terdapat golongan wanita yang mengalami tanda gejala kemurungan selepas bersalin dan berterusan hingga beberapa bulan.

Jika masalah itu dibiarkan, komplikasi mungkin berlaku adalah seperti:

i) Masalah kemurungan pada ibu boleh berterusan dan menjadi kronik.

ii) Meningkatkan risiko kemurungan atau gangguan emosi kepada ayah kepada bayi tersebut.

iii) Meningkatkan risiko masalah emosi dan kelakuan pada anak.

Sokongan sosial terutamanya daripada pasangan dan ahli keluarga amatlah penting dalam membantu ibu untuk menghadapi proses perubahan emosi berkenaan.

Artikel berkaitan: Jangkitan kandida pada bayi, ibu bapa muda patut tahu

Sebagai masyarakat yang perihatin, sama-samalah kita bantu mereka yang berhadapan masalah itu dengan melakukan beberapa perkara seperti di bawah:

i) Memberi sokongan kepada ibu yang baru melahirkan anak dari aspek rohani, emosi, fizikal dan sosial.

ii) Bantu ibu yang mempunyai gejala untuk mendapatkan rawatan di klinik kesihatan berhampiran.

iii) Elakkan daripada memberi tekanan kepada ibu yang baru bersalin.

Kredit: Facebook Info Kesihatan Keluarga

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca