Jangkitan kandida pada bayi, ibu bapa muda patut tahu

No Image Caption
A
A
A

JANGKITAN kandida adalah jangkitan yang biasa dialami bayi baru lahir kerana sejenis kulat yang bernama Candida Albicans.

Menurut pakar perubatan di National Health Service, United Kingdom (NHS) kulat itu hadir secara semula jadi dalam mulut individu yang sihat dan biasanya tidak akan menimbulkan sebarang masalah.

Pada masa sama, Pegawai Perubatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Kuala Lumpur, Dr Ahmad Samhan Awang turut berkongsi pandangannya.

Katanya, jangkitan itu jika berkembang dengan terlalu banyak, ia boleh menjangkiti membran dalam mulut.

“Jangkitan itu disebabkan sistem imun bayi yang belum cukup kuat.

Artikel berkaitan: 3 warna muntah bayi perlu diketahui, hijau paling bahaya

“Ia juga boleh berlaku semasa bayi sedang atau selepas mengambil ubat antibiotik,” jelasnya lagi.

Apabila kita mengambil ubat antibiotik, bakteria ‘baik’ dalam mulut akan berkurang jadi ia memudahkan kulat berkembang dengan banyak.

Jangkitan berkenaan juga boleh merebak kepada bayi semasa penyusuan jika puting ibu itu turut terjangkit.

Awas, rupa jangkitan kandida tidak sama seperti sisa susu kerana apabila ia digosok, ia tidak akan tertanggal dan mungkin akan berdarah!

Ada juga bayi yang kehilangan selera makan, tidak ingin menyusu dan cepat merengek kerana tidak selesa.

“Ibu tidak perlu terlalu bimbang kerana jangkitan itu tidak berbahaya.

“Ubat untuk jangkitan itu mungkin dalam bentuk gel antikulat mulut yang boleh disapu pada bahagian dalam mulut. Ubat lain termasuk sirap anti kulat yang juga boleh diberi melalui mulut,” kongsi Dr Samhan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca