JIKA mahu bermain air dengan keseronokan berganda, SinarPlus cadangkan kalian untuk mencuba cabaran gelongsor air di SplashMania Gamuda Cove di Banting, Kuala Langat, Selangor.

Berdasarkan rekod, tarikan destinasi taman tema air baharu sudah menarik lebih 75,000 pengunjung sejak dibuka pada Februari lalu.

Tarikan utamanya pastilah gelongsor air!

Secara keseluruhan, terdapat 24 cabaran (gelongsor air) yang wajib anda cuba. Banyak tu!

Antara yang mendapat perhatian adalah jenis gelongsor air realiti maya pertama di Malaysia, Atlantis VR.

SplashMania Gamuda Cove

Untuk bermain permainan itu yang memuatkan pelampung dengan kapasiti dua hingga empat orang, ketinggian anda mestilah lebih 120 sentimeter.

Berat peserta pula perlu lebih 120 kilogram (kg) untuk dua orang atau 280kg (empat orang).

Selain itu, jangan lepaskan peluang untuk mencuba gelongsor tertutup, The Shaka Waka sepanjang 78 meter yang lengkap dengan kesan cahaya LED dan ciri multimedia menghiburkan.

SplashMania Gamuda Cove

SplashMania Gamuda Cove

The Plunge pula mampu menguji keberanian kalian dengan flume berkelajuan tinggi bersudut 78 darjah, seolah-olah anda jatuh daripada ketinggian enam tingkat di atas Kapal Amazonia.

 

Tak cukup dengan itu, The Wild Rush mampu meledakkan adrenalin dengan pengalaman menggelongsor di dalam gelung yang sempit bersudut 360 darjah.

SplashMania Gamuda Cove

PENGALAMAN LUAR BIASA

Mengulas lanjut mengenai keunikan Atlantis VR, Pengerusi Gamuda Berhad, Tan Sri Ambrin Buang berkata, peranti VR membawakan pengunjung mengembara ke dunia realiti, Lost City of Atlantis.

“Orang ramai akan mengalami pengalaman luar biasa sambil menuruni gelongsor sepanjang 250 meter.

SplashMania Gamuda Cove

“Selain itu, gelongsor air Monsta dan Twista yang berliku-liku serta berkelajuan tinggi akan menjamin keseronokan sekali gus mampu melonjakkan adrenalin pengunjung,” katanya.

Baca juga Myrus Resort Langkawi buatkan si cilik teruja, kamar iglu, gelongsor gergasi bikin mereka seronok

Beliau berkata demikian sempena Majlis Perasmian SplashMania Gamuda Cove yang disempurnakan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, semalam.

SplashMania Gamuda Cove

Ujar Ambrin, perasmian tersebut menandakan taman tema air seluas 7.2 hektar yang lengkap dengan 15 tarikan tambahan lain itu sudah beroperasi dalam kapasiti penuh.

SplashMania Gamuda Cove

Iklan

SplashMania Gamuda Cove

“Kejayaan SplashMania tidak terhad kepada pengunjung semata-mata, tetapi menyumbang kepada kemajuan sektor ekopelancongan lain yang melambangkan kemunculan hab tarikan utama di Selangor.

“Ini ditambah dengan kelebihan Paya Indah Discovery Wetlands dan pengembaraan Discovery Park yang mampu menarik lebih ramai pengunjung tempatan dan serantau,” katanya.

SplashMania Gamuda Cove

Baca juga Taman tema air gergasi atas kapal mewah lonjakkan adrenalin. Genting Dream juga sediakan makanan halal

Sementara itu, Amirudin dalam sesi sidang media turut kagum dengan usaha Gamuda Land yang merancakkan pembangunan dan memberi nafas baharu di kawasan Selatan Selangor.

SplashMania Gamuda Cove

“Taman Air SplashMania melengkapkan usaha kerajaan negeri dalam membangunkan Projek Bersepadu Wilayah Pembangunan sebagai sebahagian daripada Rancangan Selangor Pertama.

Iklan

“Ini termasuk perbandaran Gamuda Cove dan Gamuda Gardens yang memangkin pertumbuhan di Lembah Klang. Dengan pelaburan infrastruktur yang lebih mampan, ia menjadi asas kukuh untuk pelaburan masa depan,” katanya.

SplashMania Gamuda Cove

Pada masa sama, Gamuda Land turut menyasarkan seramai 800,000 pengunjung menjelang akhir tahun ini.

Bagi mewujudkan rangkaian pengangkutan hijau yang lebih komprehensif, kemudahan e-trem disediakan selain laluan penjalan kaki dan berbasikal seluas 75 kilometer.

Untuk info lanjut, layari www.gamudaland.com.my.

SplashMania Gamuda CoveLayari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!