JIKA sebut jer tentang Langkawi, pasti ramai membayangkan daerah kepulauan tersebut antara tempat percutian yang sesuai untuk healing bersama teman atau seisi keluarga.

Mana tidaknya, tanah bebas cukai itu mempunyai pelbagai keunikan sama ada dari aspek geologi dan warisan alam, malah banyak tempat penginapan menarik.

Antara tarikan yang menjadi sebutan ramai ialah Coconest yang merupakan kamar berbentuk pod dengan konsep glamping di tengah laut.

Langkawi Coconest

Percaya atau tidak, bilik comel yang terletak di Jalan Tanjung Rhu, Pantai Tanjung Rhu Langkawi itu antara resort santai paling rare di Malaysia.

Kenapa dikatakan paling rare? Reka bentuk menyerupai sabut kelapa yang terapung di atas air dengan panorama Laut Andaman ternyata cukup memukau.

Langkawi Coconest

Sudah tentunya soal privasi menjadi keutamaan apabila kalian seolah-olah menyewa satu kawasan eksklusif, lengkap dengan dek peribadi menghadap laut.

Memandangkan lokasi agak jauh daripada orang ramai, sesiapa yang booking Coconest perlu menaiki bot laju selama 5 minit untuk sampai destinasi yang dituju.

Langkawi Coconest

Dengan pakej penginapan bermula RM550 semalam, anda boleh berseronok dan bermandi-manda di lautan yang luas tanpa sebarang gangguan.

Lagi satu, bagi kalian yang suka masak sendiri, kemudahan seperti gril elektrik, peralatan dapur dan peti sejuk mini turut disediakan.

Langkawi Coconest

Langkawi Coconest

Paling menarik, pod kamar tersebut menggunakan tenaga solar dengan reka bentuk moden yang lengkap dengan katil bersaiz queen dan bilik air mewah dengan keluasan total 250 meter persegi.

 

Sinonim dengan buah kelapa, dekorasi dalaman juga serba putih menyerupai isi kelapa.

Langkawi Coconest

Langkawi Coconest

Idea anak Malaysia

Coconest merupakan cetusan ilham anak lokal, Muhammad Hakim Azly dan isteri, Anna Amrina Sayra yang terpilih antara 100 pereka dari 20 negara yang mempertaruhkan reka bentuk rumah terapung berinspirasikan buah kelapa.

Apa yang menarik, rumah tersebut boleh diakses dengan bot atau kayak, selain tetamu boleh menikmati panorama 360 darjah untuk kawasan pulau di sekitarnya.

Langkawi Coconest

Uniknya desain berkenaan, ia menyerupai sebiji kelapa tua lengkap dengan sabut dan cengkerang luar yang kelihatan seolah-olah mengelupas bagi membolehkan cahaya masuk.

Iklan

Baca juga Langkawi another level, jakuzi 3 jam di tengah laut. Sunset Cruise jadi tarikan anak muda

Hakim yang berasal dari Perlis itu berkata, minat mendalam terhadap bidang reka bentuk tercetus ketika beliau dibesarkan di rumah allahyarham datuknya di Kangar.

Langkawi Coconest

Rumah tersebut dipenuhi dengan elemen unik dan futuristik yang mana menurutnya, dekorasi tersebut mendahului zaman pada tahun 60an.

Beliau kemudiannya membesar di Teaneck, New Jersey dan menghabiskan masa melukis mural berskala besar sebelum melanjutkan pengajian di dalam bidang seni bina.

Langkawi Coconest

“Bagi saya, seni bina lebih daripada sekadar himpunan bahan-bahan. Ia melibatkan gambaran yang lebih meluas yang mana arkitek bertanggungjawab untuk mempertimbangkan setiap keputusan reka bentuk dan fungsi objek tersebut kepada komuniti.

Baca juga Reka rumah terapung berinspirasikan kelapa, idea bernas anak Malaysia menang hadiah wang tunai lebih RM440,000

Iklan

“Dorongan itu telah menyemarakkan lagi minat saya terhadap bidang ini dan merupakan antara faktor tambahan mengapa saya sangat teruja untuk mencipta sesuatu yang benar-benar unik serta luar biasa,” katanya.

Hakim turut berkongsi inspirasi desain tersebut daripada buah kelapa yang hanyut di pesisiran pantai.

Langkawi Coconest

Mengulas lanjut, beliau berkata, desain itu memberikan suasana pengembaraan kepada tetamu untuk satu perjalanan menakjubkan.

“Konsep berkenaan membolehkan mereka menikmati pengalaman perubahan cuaca, pasang surut air dan kitaran matahari seperti mana kelapa yang terapung di tengah laut,” katanya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!