GORENG mihun memang mudah, tapi ramai wanita mengeluh hasilnya tak cantik. Sama ada lembik, ada yang mengadu hancur dan berketul apabila sejuk. Puncanya tak lain tak bukan, tambah air masa memasak.

Teknik memasak sama penting dengan resipi. Kalau tidak betul-betul menguasai, resipi paling sedap pun tak menjadi. Pemilik perniagaan katering, Nurjuwaini Aziz berkongsi rahsia memggorng mihun yang sedap dan ‘elok kejadiannya.’

Baca juga: Ayam bakar guna perencah nasi goreng, mudah, sedap dan jimatkan masa

Berikut perkongsiannya:

1-Bila nak goreng mihun untuk 200 pax, masa ni memang masak sekawah terus. Boleh guna bihun beg besar, dalam 4 kilogram (kg) per bag.

Satu beg boleh cater untuk 60 hingga 70 pax.

2-Paling mencabar, waktu nak mengacau mihun. Kena guna kudrat tulang empat kerat. Dah macam kacau dodol. Sikit lagi macam kacau bubur asyura. Kena guna sudip besi yang panjang. Tujuannya supaya dasar kawah tak berkerak nanti.

3-Menurut Nurjuwaini sebelum digoreng, mihun kena rendam di dalam air biasa dulu. Tak perlu air panas. Dalam sejam pun ok asalkan mihun lembut.

Baca juga: Resipi peria rangup tak pahit tahan lama, hanya 4 bahan tak henti mengunyah

Gambar hiasan (Kredit foto: Freepik)

4-Siapkan pes rencah kemudian masukkan mihun.

5-Sewaktu nak menggoreng, selepas dimasukkan mihun, elakkan dari menambah air ke dalam kuali. Tambah air tidak membantu ia lembut, tapi membuatkan bihun kembang, putus dan hancur. Teksturnya boleh jadi kurang cantik.

6-Jadi untuk jadikan mihun lembut sewaktu menggoreng, mula-mula gaul sebati dengan rencah dulu kemudian buatkan lubang di tengah-tengah. Pastikan boleh nampak dasar kuali di bawah tu. Guna api perlahan.

7-Selepas beberapa ketika, dasar kuali tu akan berasap, kacau mihun perlahan-lahan dengan penuh kesabaran. Jangan sesekali putuskan mihun. Masak dengan sopan.

Baca juga: Elak sampah berbau, berair, wanita ini kongsi tip guna bekas sarang telur jer. Jimat & mudah!

Iklan

8-Ulang langkah buat lubang di tengah dan kacaudengan sopan sehingga bihun betul-betul lembut. Bila dah lembut, boleh masukkan sayur-sayuran. Gaul sebati. Bila siap boleh angkat mihun dan hidang ke dalam bekas.

9-Teknik ni berguna untuk menggoreng mihun skala kecil mahupun besar.

Rupanya ini rahsia tauke catering masak mihun goreng tak benyek dan hilang tekstur. Kalau elok bertali, kita yang memakannya pun lebih berselera kan?

Baca juga: Tip lembut dan empukkan daging dengan cepat guna ais batu, minyak masak. Kena cuba!

Iklan

Moga tip ini bermanfaat!

Sumber: Nurjuwaini Aziz

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.