JIKA korang pernah merasa masakan daging di kenduri kahwin di Pantai Timur, itu namanya daging gulai kawah.

Menu itu menjadi lauk utama di samping ayam masak merah, acar, dan sayuran.

Kenduri juga ibarat tidak lengkap jika tiada hidangan lauk tersebut.

Dengan bauan rempah ratus, daging gulai kawah kini semakin terkenal di merata tempat seluruh negara.

Namun, harganya juga agak mahal sedikit memandangkan biasanya kedai makan menyajikan lauk tersebut bersama kawah besar.

Mari kita tengok resipi untuk membuatnya. Boleh dicuba memasak sendiri di rumah.

Bahan-bahannya;

1/2 kg daging lembu hiris nipis
1 paket kerisik – anggaran 40g
1 paket kecil kari daging
1 labu bawang merah – dikisar
3 ulas bawang merah – dikisar
3 ulas bawang putih – dikisar
2 cm halia – dikisar
1 cm lengkuas – dikisar
2 batang serai – diketuk
4 sudu besar cili giling/cili boh
1 cawan santan pekat

Rempah ratus:

2 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 cm kulit kayu manis
3 sudu besar gula merah
2 keping asam keping
Minyak untuk menumis
Air secukupnya

Cara-caranya;

1. Panaskan minyak, tumiskan rempah ratus, bahan kisar, serai sehingga wangi dan garing

Iklan

2. Satukan cili giling dan rempah kari, jadikan pes, dan tumiskan hingga pecah minyak.

3. Masukkan daging dan kacau rata. Masukkan sikit air dan kacau rata lagi.

4. Masukkan santan, kerisik, garam, gula merah dan asam keping.

Iklan

5. Biarkan mereneh dan daging menjadi empuk. Kacau sekali sekala.

6. Apabila daging empuk, perasakan dengan garam dan gula.

Cuba juga Ayam masak serai bersantan enak tak terkata

Siap untuk dihidang. Semoga bermanfaat!