KELINCAHAN Datin Intan Najuwa memasak di dapur mengundang tumpuan ramai.

Aksi beliau menyediakan hidangan sup ikan jenahak membuatkan ramai memuji kehandalannya di dapur.

Rata-rata memuji isteri kesayangan Datuk Azraf Azman yang bukan sahaja pandai berlakon, sebaliknya tidak kekok dan begitu mahir menunjukkan kemahiran memasaknya.

'Habit waktu masak pun lap.' Intan Najuwa kongsi tip urus ruang dapur, tetap kemas & bersih walau hari-hari masak!

Berpeluang menemu bual pelakon drama Kekasih Paksa Rela ketika pelancaran produk baharu NIVEA Luminous630 serum, wanita berusia 26 tahun itu mengakui sudah diterapkan dengan kemahiran tersebut oleh ibunya sejak awal lagi.

Baca ni Intan Najuwa sumbang RM10,000 bantu keluarga susah

“Sebelum kahwin memang saya sudah biasa turun ke dapur untuk memasak. Cuma saya jarang tunjuk. Sekarang ini ada masa lebih, jadi apa salahnya kongsi dengan peminat.

“Saya rasa lebih rapat dengan peminat baik di TikTok atau media sosial yang lain,” ujar pemilik nama sebenar Intan Najuwa Abdul Wahid itu.

'Habit waktu masak pun lap.' Intan Najuwa kongsi tip urus ruang dapur, tetap kemas & bersih walau hari-hari masak!

Pada masa sama, beliau cukup berterima kasih atas tunjuk ajar oleh ibunya yang banyak membantu apatah lagi kini beliau sudah bergelar isteri orang.

“Kalau diikutkan, sejak sekolah menengah lagi saya sudah mula belajar memasak. Mama saya sangat garang orangnya.

“Mama tidak berkongsi sebarang petua, cuma katanya sebagai orang perempuan kena pandai itu ini. Walaupun ada pembantu, tetapi kerja-kerja di dapur tetap kena belajar,” ujar Intan yang turut aktif dalam bidang peragaan.

 

Baca lagi ‘Abang Sabri ialah ustaz saya.’ Angeline Tan akui belum tutup aurat sepenuhnya, enggan paksa anak peluk Islam

MINAT RONA PUTIH

Anak kedua daripada tiga beradik itu turut meminati warna putih dan memilih rona berkenaan untuk ruang dapur kediamannya.

“Saya suka konsep moden dan putih menjadi pilihan kerana ruang akan nampak lebih luas dan terang. Sebelum kahwin, duduk rumah kondo dan dapurnya agak sempit dan terkepung.

“Selepas kahwin, saya pilih dapur yang lebih terang dan ada udara terutama dapur basah,” ulas anak kelahiran Johor itu lagi.

'Habit waktu masak pun lap.' Intan Najuwa kongsi tip urus ruang dapur, tetap kemas & bersih walau hari-hari masak!

Baca lagi Penuhi permintaan isteri, lelaki ini DIY rak pasu bunga guna paip PVC je. Simple, cantik & jimat ruang!

LAP DAPUR WAKTU MASAK

Iklan

Pada masa sama, menjadi satu ‘kepantangan’ beliau di dapur jika ada minyak yang terpercik setiap kali memasak.

Justeru, menjadi habitnya setiap kali memasak akan sentiasa lap dapur untuk nampak bersih dan kemas.

“Mungkin kerana saya sangat pentingkan kebersihan, pembantu pun sudah tahu dapur kena selalu bersih. Saya tidak suka ada minyak di lantai, kunyit dan sebagainya.

“Saya juga tidak banyak buat dekorasi kerana suka suasana yang simple dan tidak suka yang sarat. Putih jadi pilihan kerana nampak kotor je terus lap,” jelas Intan sambil tertawa kecil.

'Habit waktu masak pun lap.' Intan Najuwa kongsi tip urus ruang dapur, tetap kemas & bersih walau hari-hari masak!

Baca lagi Semai daun bawang tak perlu tanah pun tetap subur, guna botol plastik terpakai jer. Mudah & menjadi!

Iklan

Suka tengok Intan memasak di dapur, memang tidak kekok atau dibuat-buat.

'Habit waktu masak pun lap.' Intan Najuwa kongsi tip urus ruang dapur, tetap kemas & bersih walau hari-hari masak!

Untung belajar masak dari awal, jadi lepas kahwin mudah nak sediakan hidangan untuk suami, kan!

Apa yang penting air tangan isteri tersayang. Nak cipta bahagia itu mudah sahaja, betul tak?

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang