SETIAP kali menjelang musim perayaan, pasti tidak sah andai duo fesyen terkenal Rizman Ruzaini (RR) tidak mengadakan program khas buat pelanggan setianya.

Terbaharu, sebagai penghargaan kepada pelanggan mereka, bermula 1 Mac ini jenama fesyen terkenal itu melancarkan program RR Royalty.

Dalam satu temu bual, pengasas Bersama dan Pengarah Urusan Rizman Ruzaini, Rizman Nordin berkata, program itu adalah sebagai hadiah istimewa untuk setiap pelanggan yang sentiasa menyokong perjalanan jenama RR by Rizman Ruzaini.

rizman

Baca ni Naomi Campbell peraga busana inspirasi Legenda Tasik Chini ilham kreatif Rizman Ruzaini. Jenama Malaysia mendunia!

“Pelanggan kami boleh miliki baju raya paling stylish dengan diskaun sebanyak 25 peratus secara eksklusif RR by Rizman Ruzaini.

“Ia mungkin mengambil sedikit masa untuk direalisasikan tapi tak mengapa, kerana kami mahu program ini tercipta dengan sempurnanya agar setiap RR Royalty mendapat manfaat sepenuhnya.

“Inilah hadiah istimewa kami untuk setiap pelanggan yang sentiasa menyokong perjalanan RR by Rizman Ruzaini dari bertatih sehingga mampu berlari selaju sekarang ini. Terima kasih RR Royalties,” katanya.

rizman 1

Ujar beliau lagi, selain diskaun 25 peratus untuk koleksi Raya RR 2024, dengan setiap pendaftaran RR Royalty secara automatik membolehkan pelanggan menikmati diskaun sebanyak 10 peratus untuk pembelian item RR by Rizman Ruzaini.

“Bukan itu sahaja, setiap perbelanjaan yang dibuat akan diberi ganjaran menerusi pengumpulan mata. Setiap RM1 bersamaan 10 mata yang terkumpul. Mata ini boleh ditebus sepanjang tahun dengan had minimum 20,000 mata pada setiap penebusan.

“Banyak lagi keistimewaan lain yang bakal dinikmati mereka yang bergelar RR Royalty. Salah satunya adalah undangan eksklusif untuk menghadiri pertunjukan fesyen,” ujarnya.

Baca lagi ‘Birthday mummy, daddy dapat hadiah.’ Isteri kini hamil, pereka fesyen Rizman Nordin bakal sambut anak kedua

rizman 2

ULANG TAHUN KELAHIRAN

Iklan

Menurut Rizman lagi, RR Royalty juga akan menerima hadiah ulang tahun kelahiran berupa 1000 mata pada tarikh lahir.

Berkongsi lanjut, koleksi Raya RR by Rizman Ruzaini bertemakan Sempurnanya Syawal Bersama Rizman Ruzaini.

Baca juga ‘Harga marhaen, kualiti terpelihara…’ Kekalkan momentum & hargai pembeli, Rizman Ruzaini edar 200 tudung edisi khas percuma

rizman 3

Iklan

Seramai 26 muses diperkenalkan, mereka terdiri daripada nama-nama malar segar dan baru antaranya Amy Mastura, Fikry Ibrahim, Hisyam Hamid, Lorenzo Irman, Ali Reza, Idris Khan, Noki, Aliff Aziz, Bella Astillah, Rozita Che Wan, Izara Aishah, Nadiyah Shahab, Sean Lee, Hael Husaini, Shaza Bae, Siti Hariesa, Shahrul Aimy, Siti Khadijah, Amyra Rosli, Ammar Baharin, Aqeef Anaqi, Ayra Aryssa, Izzue Islam, Aiman Ameer, Nora Danish dan Emma Ma’embong.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!