KEJAYAAN pereka Rizman Ruzaini membuat kemunculan sulung di pentas peragaan sempena Minggu Fesyen Dubai meraih perhatian ramai.

Lebih membanggakan sentuhan hebat pereka fesyen tanah air itu diperagakan oleh supermodel, Naomi Campbell sebagai busana terakhir rekaan jenama anak Malaysia itu.

Menerusi acara berprestij tersebut, pengasasnya, Rizman Nordin dan Ruzaini Jamil tampil beriringan bersama model terkenal itu.

rizman

Supermodel terkenal dunia itu menyarungkan gaun rona hitam yang diperincikan dengan kristal. Lebih menarik, rekaan cape bahagian atas menambahkan gayanya.

Baca ni Warna lebih bold & sensasi. RR Bucket Mini Bag daripada Rizman Ruzaini digilai ramai

“Alhamdulillah permulaan yang baik buat jenama Rizman Ruzaini dalam menempa nama di peringkat antarabangsa. Kami optimis memilih Dubai sebagai lokasi memandangkan ia bersesuaian dengan DNA kami yang menampilkan rekaan sulaman dan manik-manik yang detail,” katanya.

naomi

LEGENDA TASIK CHINI

Mengulas lanjut mengenai koleksi yang diperagakan, Rizman berkata, pihaknya mementaskan lebih kurang 60 rekaan.

Bertemakan Spring Summer 2024, mereka menjadikan Naga Seri Gumum iaitu legenda Tasik Chini di Pahang sebagai sumber inspirasi.

“Tasik Chini memiliki dongeng tersendiri dan itulah yang kami ilhamkan pada rekaan kali ini terutama pemilihan sisik naga, suasana malam dan sebagainya yang bercirikan legenda berkenaan.

 

“Memandangkan ini merupakan kali pertama kami mementaskan fesyen anak tempatan di mata dunia, justeru kami selitkan juga unsur songket, bunga tabur, bunga emas, pucuk rebung dan sebagainya,” ungkapnya.

Baca lagi ‘Jangan terlalu paksa tubuh bekerja.’ Pereka fesyen & ikon fesyen Muslimah terkenal Dian Pelangi kongsi tip diet, bantu turun 12kg!

Tambah Rizman lagi, percaturan mereka nyata membuahkan hasil walaupun sebenarnya bukan mudah untuk menembusi pasaran antarabangsa, lebih-lebih lagi mendapatkan khidmat supermodel dunia.

rizman

“Justeru, kami mahu tampilkan sesuatu yang istimewa untuk diperagakan oleh Naomi. Keseluruhan idea untuk gaun yang beliau peragakan, kami terjemahkan menerusi motif songket yang ditaburi manik-manik indah. Turut diselitkan bersama motif pucuk rebung dan bunga emas.

Iklan

“Biarpun ini pentas fesyen antarabangsa, namun kami tetap kekalkan unsur modest fashion. Alhamdulillah, penerimaan mereka sangat membanggakan. Lebih istimewa lagi, pihak penganjur meletakkan kami (Rizman Ruzaini) sebagai cara penutup yang bagi kami ia satu penghormatan sebenarnya,” ungkap Rizman ketika ditemu bual menerusi maya.

Baca lagi ‘Harga marhaen, kualiti terpelihara…’ Kekalkan momentum & hargai pembeli, Rizman Ruzaini edar 200 tudung edisi khas percuma

JENAMA ANAK TEMPATAN

Dedah suami kesayangan Nurida Suraya itu, kehadiran model berusia 53 tahun itu membuka pintu untuk ramai mengetahui akan kewujudan jenama dari Malaysia.

rizman

Akui beliau, impian kini menjadi kenyataan. Misi jenama tersebut untuk meletakkan nama Malaysia di peta fesyen dunia sudah tercapai.

Baca lagi ‘Saya ibarat ada 2 watak, isteri Rizman dan… .’ Nurida Suraya akui selesa & tak penat sentiasa tampil cantik

Iklan

Malah, mereka juga mahu memastikan jenama anak tempatan mampu berdiri seiring dengan jenama di dunia.

rizman

“Ini menjadi titik tolak untuk kami terus menempa nama di persada antarabangsa sekali gus memperkenalkan nama negara dalam fesyen antarabangsa. Bahkan, banyak media yang mengalu-alukan kehadiran kami di sini (Dubai).

“Bukan itu sahaja, ada antara selebriti di sana yang menyokong dengan menggayakan rekaan kami. Bahkan ada yang mahu menggayakan lagi koleksi kami,” ujar Rizman yang menyasarkan untuk memasuki pasaran Milan atau Paris tahun hadapan.

Sumber gambar: Instagram rizmanruzaini

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang