PEREKA fesyen terkenal, Rizman Nordin mengumumkan isteri, Nurida Suraya kini sedang hamil anak kedua mereka.

Sempena sambulan hari kelahiran Nurida ke-34, pereka tersohor itu menitipkan ucapan manis buat isteri tersayang.

“Happy birthday to the most beautiful girl on earth.

“Beautiful inside and out. Thank you so much my Love for completing my life.

“You are the best thing that happened to me. I love you eternally,” titip Rizman.

Baca juga:’Saya ibarat ada 2 watak, isteri Rizman dan…’ Nurida Suraya akui selesa, tak penat sentiasa tampil cantik

Baca juga: ‘Pakaian saya, anak semua ditentukan suami, kami cuma gayakan sahaja’

Tidak hanya itu, pereka Rizman Ruzaini bersama Ruzaini Jamil itu turut memuat naik foto menampakkan baby bump.

“Birthday Mummy tapi Daddy yang dapat hadiah.

“Alhamdulillah we are expecting new baby! Semoga ALLAH SWT permudahkan segalanya buat kami sekeluarga insya-ALLAH, aamin ya rabbal alamin,” kongsinya.

Menerusi Insta Story, Rizman berkongsi video memaparkan acara gender reveal. Tidak dikongsikan usia kehamilan namun si kecil yang bakal lahir ialah perempuan.

Baca juga: Supermodel Naomi Campbell peraga rekaan Rizman Ruzaini di Dubai Fashion Week

Baca juga:’Untung Daddy pereka Fesyen.’ Sambut birthday Anak perempuan yang  ke-2, Rizman Reka khas baju tema barbie

Selebriti menzahirkan ucapan selamat hari lahir buat Nurida dan menyatakan gembira apabila mengetahui pasangan itu bakal menyambut kelahiran anak kedua.

– “Congratulations Kak Baby @nuridasuraya dan Abang Rizman!!!”-@puteriashahofficial

– “Congrats!! So happy for u both! And happy birthday.” – @ninaismailsabri

Iklan

– “Congratulations & happy birthday to @nuridasuraya .” – @elvinamohamad

– “Wah, Alhamdulillah. Happy birthday sis @nuridasuraya, congratulations to both of u for the new upcoming baby . Dapat adik sudah si kakak comel.” – @minyasmin

– “Congratulations you two!” – @missfazura

– “Congratulations @rizman.n @nuridasuraya. Happy birthday sweetie.” – @fyzakadir

Rizman dan Nurida mendirikan rumah tangga pada 13 September 2019 di Glasshouse, Seputeh, Kuala Lumpur.

Iklan

Perkahwinan mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Rizqaa Ruzaini yang kini berusia tiga tahun.

Baca juga: ‘Harga marhaen, kualiti terpelihara.’ Kekalkan momentum & hargai pembeli, Rizman Ruzaini edar 200 tudung edisi khas percuma

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!