Hanya guna 2 bahan mudah, ini cara buat ayam goreng tepung persis restoran fast food

AYAM goreng tepung sudah tentunya menjadi kegemaran ramai. Dapat pula yang rangup dan ‘kerinting’ memang sedap!

Sebenarnya mudah sahaja menghasilkan ayam goreng ‘berkerak’ tetapi perlu menggunakan bahan dan teknik yang betul.

Ikuti perkongsian ini untuk mendapatkan ayam goreng tepung berkerak dan rangup. Makan cicah sos pun memang ‘layan’.

Rasanya juga sangat sedap, rangup di luar dan berjus di dalam, persis restoran fast food. Tak rugi kalau cuba!

Cuba juga Rangup, kerinting ada tekniknya! Resipi ayam goreng ala KFC, mudah & cepat. Perapan 2 bahan

Bahannya;

  • Ayam
  • Telur
  • Tepung Bon Chef pedas

Cara membuatnya;

1. Ayam diperap dengan telur sekejap. Selepas itu salut ayam tadi bersama tepung.

2. Ketika salut tepung tu, ramas-ramas sikit ayamnya hingga tepungnya itu melekat.

Iklan

Cuba juga Rangupnya! Resipi ayam goreng garing krup krap sedap, rahsianya kena salut bahan ini

3. Pastikan minyak betul-betul panas dan banyak ya, letakkan ayam sehingga terbentuk kerinting nya, perlahankan api. Tunggu sehingga masak dan toskan. Sedia untuk dihidang.

Selamat mencuba!

Submber: Roha Adrinna

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!