DIBUKA pada tahun 1988, ketika itu ia cuma sebuah kedai gunting rambut kecil di Pantai Dalam. Kini, Nieza Salon Muslimah memiliki enam cawangan di sekitar Lembah Klang dan Pahang.

Pencapaian membanggakan ini, diusahakan Pengarah BSP Bersatu, Nur Syahiera Masri, 36, demi ibu tercinta.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Shasha Masrey berkata, bagi menghargai kerja keras ibu lebih 30 tahun sekali gus mengekalkan jenama Nieza, beliau mula mengembangkan perniagaan itu sejak tiga tahun lalu.

Emak saya yang mengasaskan kedai berkenaan. Boleh dikatakan saya membesar di salon, daripada situ saya belajar buat rambut.

“Kemudian, saya menyambung pengajian di Aswara dalam diploma bidang kebudayaan, saya juga fokus kepada rambut dan solekan.

“Selepas itu, saya memasuki kelas solekan dan mendandan rambut selama setahun di Aimi akademy, ” katanya kepada Sinar Plus.

Baca juga: Umur lebih 50 tahun tapi belum tumbuh uban, rahsianya guna daun kari dengan yogurt je. Rambut pun hitam berkilat!

Ruang khas
Shasha (depan) bersama kakitangan melihat pakej yang disediakan di Nieza Salon Muslimah.

Sehingga kini, beliau berjaya membuka enam buah cawangan iaitu di Cheras, Wangsa Maju, Kajang, Putrajaya, Kuantan dan terbaharu di Shah Alam.

Tambah ibu kepada tiga cahaya mata itu, beliau serius dalam bidang dandanan dan rawatan rambut itu selepas berkahwin.

Baca juga:Senang nak urus rambut, mudah nak bawa. Tak hairanlah pengering rambut nanoe EH-NA98 terjual 20 juta unit

“Sebelum itu, saya bekerja dengan produksi. Jadi masa bersama keluarga terhad. Oleh itu, saya nekad berhenti kerja dan membantu emak di salon.

“Pada masa sama, saya turut bekerjasama dengan spa yang menyediakan perkhidmatan seri wajah, mengurut dan waxing,” ujarnya yang mahu mengembangkan lagi jenama Nieza.

Iklan

Baca juga:Basuh rambut dengan air panas satu kesilapan besar. Ini cara terbaik wanita berhijab jaga ‘mahkota’

Menurut anak sulung daripada dua beradik itu, keistimewaan Nieza Salon Muslimah ialah menawarkan perkhidmatan dandanan dan rawatan rambut kepada wanita sahaja dalam ruangan disediakan khas.

“Semua kakitangan 100 peratus wanita muslimah, kita sediakan privasi selain memberikan ilmu dan tip dalam penjagaan rambut.

“Sekarang ini selain promosi cuci gunting RM30, kami juga menawarkan rawatan kulit kepala serendah RM99.

Iklan

“Selain itu, Nieza turut membuka peluang pekerjaan kepada orang ramai terutama golongan wanita muslimah,” kata anak jati Kuala Lumpur itu lagi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!