Basuh rambut dengan air panas satu kesilapan besar. Ini cara terbaik wanita berhijab jaga ‘mahkota’

A
A
A

Basuh rambut dengan air panas satu kesilapan besar. Ini cara terbaik wanita berhijab jaga ‘mahkota’

MEMILIKI rambut yang ikal, sihat dan wangi merupakan idaman bagi semua wanita tidak kira yang bertudung mahupun tidak.

Bagi kaum Hawa, rambut merupakan mahkota yang perlu dibelai dan dijaga dengan rapi.

Sudah fitrah manusia, selain wajah, kita juga akan menilai seseorang menerusi rambutnya.

Disebabkan itu, semua kaum Hawa termasuk yang berhijab perlu melakukan penjagaan yang lebih dan kerap.

Jika tersalah langkah boleh menyebabkan mahkota berharga itu rosak, berbau, kulit kepala gatal dan sebagainya.

Kredit foto: Monstera

Perkara tersebut tidak dapat disangkal kerana penulis sendiri mengalami satu keadaan yang begitu sukar dalam memastikan rambut sentiasa rapi.

Jujur penulis katakan, tempoh bersiap bagi wanita berhijab pun adalah lebih lama.

Penulis perlu pastikan rambut perlu benar-benar kering untuk mengelakkan ia berbau.

Jadi menerusi artikel pada kali ini, SinarPlus ingin berkongsi tip penjagaan rambut khusus buat wanita yang bertudung.

Baca juga: Letih waktu pagi, rambut gugur, saintis dedah 4 tanda baru Covid-19, Long Covid

Namun, sebelum pergi jauh, ingin ditegaskan bahawa rambut perlu dijaga dengan sebaik-baiknya walaupun bukan untuk tontonan ramai, sebaliknya untuk keyakinan diri sendiri.

Berikut tip-tip yang boleh orang ramai amalkan, antaranya seperti:

Kredit foto: RODNAE Productions

i) Cuci rambut

- Sebagai seorang wanita yang bertudung anda digalakkan untuk mencuci rambut sekurang-kurangnya dua hari sekali atau ketika anda berasa kulit kepala sudah berminyak.

- Namun perlu diingatkan, elak mencuci rambut setiap hari kerana rambut yang basah hanya meningkatkan keguguran rambut.

ii) Menyisir rambut

- Pastikan rambut disikat terlebih dahulu sebelum mandi supaya mudah untuk dicuci dan tidak kusut.

- Sekiranya seseorang tidak menyikat rambut, ia boleh menyebabkan rambut kusut dan memicu kepada masalah rambut gugur.

iii) Gunakan syampu dan perapi

Kredit foto: cottonbro studio

- Sekiranya anda mendapati kulit kepada dan rambut sangat sensitif, sila dapatkan nasihat daripada pakar untuk mengelakkan masalah yang lebih teruk.

- Gunakan syampu dan perapi yang sesuai dengan jenis rambut dan kulit kepala.

iv) Elak cuci rambut dengan air panas

- Mencuci rambut dengan air panas merupakan satu kesalahan yang tidak sepatutnya dilakukan kerana ia boleh menyebabkan rambut menjadi kasar, kering dan menggerbang.

v) Gunakan serum atau tonik

Kredit foto: Karolina Grabowska

- Sebelum tidur, amat digalakkan untuk membelai rambut dengan serum atau tonik supaya kulit kepala dapat menyerap nutrien dan menjadikan rambut sihat dan kuat.

vi) Ikat rambut

- Biasanya orang ramai tidak mengikat rambut sewaktu tidur kerana berasa tidak selesa, tetapi itu adalah kebaikan untuk menjaga rambut.

- Sungguh digalakkan untuk mengikat rambut secara longgar untuk mengelakkan rambut menggerbang selepas bangun tidur.

- Elakkan juga mengikat rambut ketika basah kerana boleh menyebabkan masalah kelemumur.

vii) Jaga pemakanan

- Untuk mendapatkan rambut yang sihat bukanlah tertakluk kepada penjagaan rambut semata-mata, tetapi orang ramai perlu menjaga pemakanan.

- Wanita amat digalakkan untuk makan makanan tambahan seperti vitamin yang mengandungi biotin, silika dan lain-lain.

Kepada wanita yang berhijab, walaupun rambut bukan untuk tontonan umum, tetapi ia bukanlah satu ‘tiket’ yang mana kalian boleh lepas tangan untuk tidak menjaganya.

Sumber HELLO DOKTOR

Baca juga: Remaja 15 tahun sakit perut, rupa-rupanya ada wayar dan pengikat rambut dalam perut. Ini reaksi doktor

Baca juga: Ini punca mengapa Elizabeth Tan derita penyakit autoimun yang membawa kepada masalah rambut gugur

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang