JENAMA jam tangan kegemaran anak muda, Ice-Watch baru-baru ini melancarkan koleksi musim panas terbaharu, ICE Clear Sunset.

Pengurus Pemasaran Ice-Watch Malaysia, May Yan berkata, model terbaharu itu hadir dengan reka bentuk yang lebih lasak dan elegan untuk lelaki mahupun wanita.

“Jam tangan yang direka bentuk di Belgium, Eropah itu turut diserikan dengan bingkai kristal, tali jenis polyamides dan ciri terkini, Day-Date.

ice watch

“Kami percaya ‘keanggunan’ rekaan dengan kualiti teknikal yang cemerlang akan menarik perhatian lebih ramai pelanggan di seluruh dunia,” katanya.

 

Menariknya lagi, inovasi baharu itu turut dilengkapi dengan ciri Miyota Quartz Movement berkualiti tinggi dan mampu bertahan dengan kedalaman air hingga 100 meter.

Baca juga Ice Watch tampil koleksi ICE Floral dengan pelbagai motif bunga. Mesti ramai suka

Baca juga Motif flora dan percikan aura 1960-an. Koleksi PUMA X Liberty memang tak rugi kalau beli

Iklan

ice watch

Koleksi ICE Clear Sunset boleh diperoleh dengan lapan pilihan warna dinamik. Antaranya seperti fruity, digitalism, fire dan energy.

Iklan

Harga jualan bermula RM529. Untuk info lanjut, layari https://www.ice-watch.com.my/.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi