IKAN celup tepung adalah salah satu menu terkenal di Pantai Timur seperti Terengganu dan Kelantan.

Jika sesiapa pernah mencuba menu ini di sana, pasti teringat-ingat keenakannya kan?

Sebenarnya, kesedapan ikan celup tepung ini bergantung kepada campuran bahan yang digunakan.

Kena pula dengan ikan segar, memang terasa manis isinya.

Dah tak perlu ke sana lagi, buat sendiri ikan celup tepung ikut resipi yang dikongsi Ummi Hana ini, korang akan dapat hasil yang sangat memuaskan hati.

Rangup, tak lekat pada kuali dan makan masa sejuk pun masih sedap! Ayuh cuba resipi rahsia ni.

Bahan-bahan:

  • Ikan kembung secukupnya
  • 1 peket tepung beras
  • 2 biji telur ayam
  • 3 sudu besar serbuk knyit
  • 3 sudu besar air kapur
  • Garam secukup rasa
  • Air ais secukupnya – agak-agak tepung tak terlalu cair dan tak terlalu pekat

Cara-cara membuatnya;

1. Satukan tepung beras, serbuk kunyit dan garam, Gaulkan sebati.

2. Kemudian, masukkan air ais mengikut kepekatan yang dikehendaki.

3. Masukkan telur dan air kapur. Gaulkan lagi sebati.

Iklan

4. Panaskan minyak dalam kuali, pastikan menggunakan minyak yang banyak dengan api sederhana panas.

5. Apabila minyak betul2 panas, baru masukkan ikan yang telah disalut dengan bancuhan tepung tadi.

6. Angkat ikan apabila kelihatan garing dan toskan minyak.

7. Sedia untuk dihidang bersama sos cili thai.

Iklan

Boleh cuba juga Gulai kawah terkenal di Pantai Timur, ini resipi enak

Selamat mencuba! Semoga bermanfaat.

Sumber: ‎Ummi Hana via MAHN