Inspirasi tiny house untuk rumah persinggahan tepi sungai. Konsep industri jadi pilihan. Kompak tapi praktikal & comel!

No Image Caption
A
A
A

PERNAHKAH anda dengar tentang tiny house atau rumah kecil?

Ia merupakan satu unit kediaman yang kompak tapi praktikal. Cuma, keluasannya lebih kecil berbanding rumah biasa dibina, malah ruangnya lebih terhad daripada kediaman jenis kos rendah.

Segelintir penduduk di Jepun menjadikan ia kediaman tetap, namun berbeza penduduk di negara ini yang menjadikan ia sebagai destinasi untuk bersantai di kebun atau sekadar rumah persinggahan.

No Image Caption

Kediaman mini itu nyata kian popular dan Azura Baharudin antara salah seorang yang memilih untuk menuai konsep berkenaan sebagai rumah persinggahan miliknya sekeluarga.

Selain mesra alam, penggemar kediaman jenis itu juga memperlihatkan sisi pemiliknya sebagai seorang yang menekankan gaya hidup minimalis dengan keperluan ringkas, namun tetap ada tarikan tersendiri.

Teruja SinarPlus ketika menelusuri ruang Facebook miliknya yang memuat naik gambar dan video memperlihatkan desain dan gaya industri menjadi fokus utama untuk kediaman comel tersebut.

Mengambil masa lebih kurang tiga bulan untuk menyiapkan kediaman berkenaan, Azura yang merupakan seorang usahawan, membelanjakan lebih RM100,000 bagi membina rumah itu. Ia merangkumi satu dapur terbuka, satu bilik tidur, dan loteng (ruang tidur).

Melengkapkan lagi dalam pembinaan rumah kecil itu, terdapat dua bilik air, balkoni dan juga ruang tamu.

No Image Caption

Tatkala mata penulis menjelajah ke setiap ruang dalam rumah tersebut, boleh disimpulkan bahawa tuan punya rumah itu memiliki kreativiti dan gaya dekorasi tersendiri.

Pada masa sama, beliau menggunakan pendekatan yang mengoptimumkan penggunaan ruang dalaman yang sangat terhad itu dengan cekap bagi setiap sudut yang ada, sehingga namapk menarik dan eksklusif.

“Daripada contoh kediaman bertemakan farmhouse barat, saya kemudiannya gabungkan dengan konsep Kampung Malaysia maka terhasillah tiny house berkonsepkan industri.

“Sengaja saya memilih konsep berkenaan kerana ingin disesuaikan dengan suasana lokasi rumah yang terletak ditepi sungai.

“Ketika memilih untuk membina rumah itu, tema warna menjadi aspek keutamaan sewaktu dekorasi ruang dalam kediaman itu. Saya turut menerapkan rona natural seperti warna-warna kayu dan hitam bagi menampakkan konsep berkenaan,” ujarnya lagi.

No Image Caption

Sentuhan moden

Malah katanya, konsep industri itu diterjemahkan menerusi pemilihan bahan binaan rumah yang banyak menggunakan batu bata, besi dan kayu.

Seperkara, Azura juga memilih jenis perabot dengan sentuhan moden terutama pada almari dan sofa untuk elemen mewah namun sesuai dipadankan dengan konsep industri.

No Image Caption

Kediaman yang terletak di Kuala Klawang, Negeri Sembilan itu bagaiamanapun hanya dijadikan sebagai rumah persinggahan untuk beliau menikmati suasana kampung di hujung minggu bersama keluarga tersayang.

“Dapur terbuka dan ruang santai di luar rumah antara ‘port‘ yang saya gemari. Di sini, saya boleh memasak sambil menikmati angin luar. Bukan itu sahaja, ruang santai yang tersedia ini boleh dijadikan tempat untuk kami sekeluarga duduk minum kopi sambil menikmati permandangan sungai dan bukit-bukau.

No Image Caption

“Cuma akan datang, saya berhasrat untuk membina tambahan bilik air yang berbumbung kaca, yang mana akan kami letakkan bathtub supaya dapat relaks sambil melihat awan,” ungkap beliau lagi.

No Image Caption

Azura turut mengakui, sesebuah kediaman seharusnya sederhana tapi menenangkan, tidak semestinya besar tersergam indah serta mewah tanpa penghuni yang bisa menggembirakan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang