Anak bongsu kini bergelar peguam, Zambry luah rasa syukur – ‘Hari bersejarah buat keluarga kami'
SYUKUR, bangga dan sebak, tiga perasaan yang jelas tergambar apabila Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, berkongsi berita gembira mengenai anak bongsunya, Mukhlis yang kini secara rasmi bergelar peguambela dan peguamcara.
Dalam satu hantaran di media sosial miliknya, Zambry menulis dengan penuh rasa syukur bahawa hari tersebut merupakan hari bersejarah buat keluarganya.
Katanya, kejayaan anak bongsunya itu adalah hasil perjalanan panjang yang menuntut usaha gigih, doa yang tidak pernah putus serta pengorbanan yang besar.
“Syukur Alhamdulillah. Hari ini hari bersejarah buat kami sekeluarga.
"Anak bongsu saya, Mukhlis, telah berjaya melepasi 'long call' dan kini secara rasmi bergelar peguambela dan peguamcara,” tulisnay di ruangan kapsyen.

Beliau menambah lagi,
“Alhamdulillah, satu perjalanan panjang yang penuh usaha, doa dan pengorbanan akhirnya membuahkan hasil.
"Kepada Mukhlis @ adik, tahniah dan syabas! Semoga terus menjadi peguam yang berintegriti dan berdedikasi demi agama, bangsa dan negara," ujarnya lagi.
Sekadar makluman, majlis 'long call' yang dihadiri Mukhlis menandakan satu detik penting dalam kerjaya seorang graduan undang-undang, apabila secara rasmi diiktiraf sebagai peguambela dan peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya.
Bagi keluarga Zambry, detik itu bukan sekadar kejayaan peribadi, tetapi satu pencapaian bermakna hasil daripada ketekunan, semangat dan sokongan yang tidak pernah pudar.
Sebagai seorang pemimpin yang sentiasa menekankan pentingnya pendidikan, Zambry sering menjadikan nilai ilmu dan usaha sebagai asas kehidupan.
Maka tidak hairanlah apabila kejayaan anak bongsunya diraikan dengan penuh rasa syukur dan bangga.
Ia bukan sekadar kejayaan seorang anak, tetapi juga simbol kekuatan keluarga yang berpegang pada nilai ilmu, usaha dan doa.

Sebagai seorang ayah dan juga tokoh akademik, beliau jelas menaruh harapan tinggi agar Mukhlis membawa semangat itu dalam kerjayanya.
Perkongsian tersebut segera menarik perhatian ramai yang membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah dan doa.
Rata-rata warganet turut kagum dengan cara Zambry meraikan kejayaan keluarganya secara sederhana tetapi penuh nilai kasih dan pengajaran.
Kisah ini bukan sekadar tentang kejayaan seorang peguam muda, tetapi juga tentang kasih seorang ayah, erti pengorbanan dan keindahan sebuah perjalanan keluarga. Dalam setiap kejayaan, pasti ada doa yang tidak didengar dan usaha yang tidak dilihat.
Tahniah daripada team SinarPlus buat Mukhlis dan keluarga Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir
Sumber: Facebook Zambry Abd. Kadir
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
