Bukan sekadar RM500, ini mesej tersirat di sebalik ganjaran Yayasan Nurjiwa kepada pelajar SPM cemerlang
Bukan sekadar RM500, ini mesej tersirat disebalik ganjaran Yayasan Nurjiwa kepada pelajar SPM cemerlang
“BUKAN sekadar hiburan, tapi juga harapan.”
Ungkapan ini barangkali paling sesuai menggambarkan usaha terbaharu Datuk Seri Siti Nurhaliza menerusi Yayasan Nurjiwa yang kini melangkah lebih jauh dalam memberi impak positif kepada masyarakat kali ini, khusus buat para pelajar cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Untuk julung kalinya, YBuat pertama kalinya, Yayasan Nurjiwa memperkenalkan insentif RM500 kepada pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang memperoleh semua A sebagai penghargaan terhadap kecemerlangan akademik.
Dengan kerjasama pusat tuisyen terkemuka PTTI, seramai 401 pelajar menerima insentif ini, melibatkan jumlah keseluruhan RM200,500.

Pengasas Yayasan Nurjiwa, Datuk Seri Siti Nurhaliza, berkata inisiatif ini bertujuan memberi motivasi kepada pelajar untuk terus mencapai kejayaan akademik.
Siti berharap usaha ini dapat memberi dorongan kepada calon SPM pada masa akan datang untuk bekerja lebih keras bagi mendapatkan keputusan cemerlang.
“Ini adalah kali pertama buat Yayasan Nurjiwa menyerahkan insentif kepada pelajar cemerlang yang memperoleh semua A.
“Harapan kami agar dengan usaha ini dapat memberikan motivasi kepada calon-calon SPM akan datang untuk berusaha mendapatkan kejayaan yang sama,” katanya pada Majlis Anugerah Inspirasi PTTI 2025 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), sebentar tadi.
Selain itu, Siti berkata Yayasan Nurjiwa turut komited membantu golongan pelajar kurang berkemampuan dengan menyediakan makanan harian untuk hampir 100 pelajar, terutamanya dari golongan B40 serta anak-anak yatim.
Tambahnya, inisiatif ini yang telah berlangsung sejak beberapa tahun lalu diharapkan dapat membantu lebih ramai pelajar yang memerlukan.

“Setiap hari kami menyediakan makanan hampir kepada 100 pelajar yang kurang berkemampuan, terutamanya daripada golongan B40.
“Bukan itu sahaja, selain pelajar, Yayasan Nurjiwa turut menyediakan bantuan makanan ini kepada anak-anak yatim. Usaha ini sebenarnya sudah dilakukan sejak beberapa tahun lalu dan diharap dapat membantu lebih ramai pelajar di luar sana,” jelasnya.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

