Dr Sheikh Muszaphar syukur anak kedua ditawarkan ke Kolej Tunku Kurshiah (TKC). 'Your hard work paid off'
ANGKASAWAN negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie Sheikh Mustapha menzahirkan kesyukuran anak keduanya, Sophea Natasha, 12, menerima tawaran melanjutkan persekolahan menengah ke sekolah berasrama penuh, Kolej Tunku Kurshiah (TKC).
Menerusi hantaran terbaru, bekas doktor pakar ortopedik itu berkongsi berita gembira di Instagram.
Lebih menyentuh hati apabila Sophea Natasha atau mesra disapa Tasha yang merupakan salah seorang peserta Program Pembangunan Sukan Bakat Olimpik 2025/2026 dalam acara renang mampu membuat persediaan di dalam kepadatan jadual hariannya.
"Tasha berjaya dapat TKC. Latihan dibuat tanpa jemu untuk renang dan olahraga.
"Dalam sibuk berlatih, tetap curi masa belajar bila ada peluang dan Alhamdulillah your hardwork paid off," titipnya.

Bapa kepada tujuh cahaya mata itu menzahirkan beliau dan isteri, Datin Dr Halina Mohd Yunos berasa bangga atas tawaran berkenaan.
"Apa yang diimpikan menjadi kenyataan. Daddy sangat bangga, mommy pun sama. Syukur sangat-sangat," kongsinya.
Dalam hantaran yang sama, beliau turut mengucapkan tahniah buat semua yang berjaya.
Terdahulu, anak sulungnya, Sophea Isabella, 13, turut ditawarkan tempat di TKC pada tahun lalu namun memilih untuk melanjutkan pengajian di Kolej Permata Pintar Negara (KPPN).
Sekadar info, Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Halina mendirikan rumah pada 10 Oktober 2010.
Pekahwinan mereka diserikan dengan kehadiran tujuh cahaya mata termasuk iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha, dua pasang kembar iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah, Sheikh Eusoff serta Sophea Emelia dan putera bongsu Sheikh Muhammad.
Artikel berkiatan:
- Dr Sheikh Muszaphar pilih Kolej Permata Pintar untuk Bella. 'Selepas berfikir, berbincang & solat istikharah'
- Dr Sheikh Muszaphar didik tujuh cahaya mata seawal 4 tahun, tekankan family time, jadi contoh terbaik - 'Anak kena lebih hebat...'
- Anak kedua berlepas ke Universiti Oxford, Dr Sheikh Muszaphar luah rasa sayu. 'Terbanglah setinggi-tingginya menuju kecemerlangan'
- Dr Sheikh Muszaphar luah rasa syukur, anak-anak cemerlang akademik & kokurikulum-'Daddy is proud of you kids'
- Genius, IQ Bella lebih 130, ikuti kem Permata Pintar, Dr Sheikh Muszaphar dedah 8 perkembangan tika kecil
INFO TKC
1-Kolej Tunku Kurshiah (KTK) atau Tunku Kurshiah College (TKC), merupakan sebuah sekolah berasrama penuh perempuan yang terletak kini terletak di Bandar Enstek, Seremban, Negeri Sembilan.
2-TKC ditubuhkan pada tahun 1947.
3-TKC adalah salah sebuah SBP Premier di Malaysia.
4-Mulai tahun 2014, Kolej Tunku Kurshiah telah membuka dimensi baharu dalam gaya pengajaran dan pembelajarannya selepas memperkenalkan konsep Future Classroom apabila sesi PdP dilaksanakan sepenuhnya dalam bentuk teknologi yang tinggi dengan menggunakan iPad sebagai medium pembelajaran interaktif antara pelajar dan guru.
5-Pada bulan Mac 2016, Kolej Tunku Kurshiah telah diberikan pengiktirafan sebagai IB World School untuk menawarkan program pendidikan International Baccalaureate Diploma Programme (IBDP).
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
