Dr Sheikh Muszaphar luah rasa syukur, anak-anak cemerlang akademik & kokurikulum-'Daddy is proud of you kids'

No Image Caption
A
A
A

AYAH mana yang tidak bangga dan bersyukur apabila anak-anak seorang demi seorang mencapai kejayaan baik dalam akademik mahupun sukan.

Itulah situasi yang dilalui angkasawan negara, Dr Sheikh Muszaphar Shukor, apabila menzahirkan rasa bangga terhadap pencapaian anak-anaknya sempena Hari Anugerah Sekolah yang melibatkan Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Rendah Agama (SRA).

Menurut beliau, kejayaan yang diraih bukan sesuatu yang hadir dengan mudah.

Sebaliknya, ia hasil usaha berterusan anak-anaknya yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malah aktif dan menyerlah dalam bidang kokurikulum serta sukan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

“Alhamdulillah, syukur sangat melihat anak-anak ini terus cemerlang di sekolah.

"Mereka bukan sahaja bekerja keras dalam akademik, malah berlatih dan berusaha sepenuh hati dalam kokurikulum serta sukan,” katanya.

Di peringkat Sekolah Kebangsaan, Adam menerima pengiktirafan sebagai Tokoh Murid selain meraih Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum Peringkat Antarabangsa.

Noah pula dinobatkan penerima Kecemerlangan Kokurikulum Peringkat Kebangsaan, manakala Tasha menerima Kecemerlangan Kokurikulum Peringkat Antarabangsa.

Kecemerlangan itu diteruskan di Sekolah Rendah Agama, apabila Adam sekali lagi menyerlah dengan Anugerah Kecemerlangan Akademik serta Terbaik Mata Pelajaran, diikuti Noah yang turut menerima Kecemerlangan Akademik.

No Image Caption

Bagi Dr Sheikh Muszaphar, kejayaan ini lahir daripada disiplin tinggi, latihan berterusan serta sokongan keluarga yang konsisten. Beliau turut berkongsi bagaimana peranan ibu bapa memainkan peranan besar dalam membentuk keyakinan dan semangat anak-anak.

“The kids excel. They worked hard. They trained hard. They played hard. Sebagai ibu bapa, kehadiran kami dalam setiap fasa kehidupan mereka sangat penting.

" Sama ada dalam latihan, sukan mahupun pertandingan, sokongan itu amat bermakna buat anak-anak,” tulisnya di Instagram.

Namun, akuinya, tuntutan kerja ada kalanya memerlukan pengorbanan. Dr Sheikh Muszaphar terpaksa melepaskan peluang menghadiri Hari Anugerah Sekolah kali ini kerana komitmen tugas sempena Sukan SEA di Bangkok.

Walaupun tidak dapat hadir secara fizikal, rasa bangga sebagai seorang bapa tetap tidak berbelah bahagi.

“Saya jarang tidak hadir. Saya sentiasa pastikan untuk berada di sana. Jika bukan saya, pasti ibu mereka akan ada.

"Salah seorang daripada kami mesti berada di sisi, apa pun keadaannya.

“Daddy pun happy. Daddy is proud of you kids,” katanya lagi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang