Kenali Tengku Natasya Puteri, permaisuri dalam hati Tengku Muhammad Iskandar. 10 info menarik mempelai diraja Pahang

No Image Caption
A
A
A

GENAP dua bulan perkahwinan diraja Tengku Puteri Raja, Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah dan pasangannya, FD Idzham FD Iskandar, Istana Abdulaziz, Pahang sekali lagi menjadi saksi berlangsungnya istiadat pernikahan diraja Putera Diraja Tengku Arif Bendahara, Tengku Muhammad Iskandar Ri'ayatuddin Shah.

Berita gembira diumumkan media rasmi Sultan Pahang pada 7 Oktober itu disambut baik rakyat Malaysia.

No Image Caption



Malah, sejak pengumuman rasmi, warga maya tidak putus-putus memberikan ucapan tahniah kepada bakal pasangan sejoli itu.

Majlis Adat Midodareni atau Majlis Suai Kenal sudah, Majlis Siraman pun selesai, ramai tidak sabar menantikan Istiadat Bernikah, Istiadat Berinai dan Istiadat Persandingan Tengku Muhammad Iskandar dan pasangannya, Tengku Natasya Puteri Tengku Adnan.

Siapakah gerangan wanita anggun yang mencuri putera diraja Pahang ini?

Berikut 10 info menarik bakal mempelai diraja ini:

1-Tengku Natasya Puteri merupakan anak kepada bekas Menteri Wilayah Persekutuan dan figura politik berpengaruh di Malaysia, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

2-Dilahirkan pada tahun 1995, wanita berusia 29 tahun itu berdarah berkacukan Melayu dan Indonesia. Justeru tidak hairanlah kecantikan Tengku Natasya Adnan penuh keunikan. Malah wanita tinggi lampai ini juga cukup elegan dan menyerlah.

Artikel Berkaitan:


Kredit foto: mozawahyu
Kredit foto: mozawahyu



3-Ibunya, Datin Seri Utama Enny Beatrice Ferlat Kusumo Anggraini adalah merupakan pelakon terkenal Indonesia dan bintang filem Indonesia pada era1980-an.

4-Tengku Natasya dikurniakan lima adik-beradik termasuk dirinya iaitu Tengku Iqbal, Tengku Hafiz, Tengku Najwa dan Tengku Nabila.

5-Selain daripada adik-beradik yang lahir daripada perkahwinan ini, Tengku Adnan juga mempunyai anak-anak dari perkahwinan sebelumnya iaitu Tengku Daud, Tengku Balqish, Tengku Yazir, dan Tengku Nadiah.

6-Manakala Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah pula diputerakan pada 3 Ogos 1997 di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan Pahang.

7-Merupakan anak ketiga daripada sembilan adik-beradik.

8-Tengku Muhammad adalah bakal pewaris takhta kedua dalam susur galur pewarisan takhta singgahsana kerajaan negeri Pahang selepas Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang merupakan Tengku Mahkota dan Pemangku Raja Pahang.

No Image Caption



9-Tengku Muhammad Iskandar telah menarik perhatian ramai rakyat Sabah ketika Kembara Kenali Borneo di Sabah. Putera berjiwa rakyat itu terserlah ketampanannya hingga mencuri tumpuan rakyat tempatan.

10-Baginda juga terkenal dengan keaktifannya dalam pelbagai jenis sukan. Antaranya termasuklah bola sepak, sukan polo dan golf.

ATUR CARA PERKAHWINAN

Akaun laman sosial rasmi Kesultanan Pahang memaklumkan Istiadat Perkahwinan Tengku Muhammad Iskandar dengan Tengku Natasya dijadual bermula dengan Istiadat Meletak Kerja pada Selasa 22 Oktober 2024.

Istiadat Letak Kerja dimulakan dengan doa selamat dan majlis tahlil dengan seterusnya Istiadat Bernikah, Istiadat Berinai dan Istiadat Persandingan.

Pasangan Pengantin Diraja bakal dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan iaitu Datuk Seri Utama Dr Tengku Adnan Tengku Mansor pada jam 8 malam, 24 Oktober 2024 di Balai Mahkota, Istana Abdulaziz.

No Image Caption



Seterusnya, istiadat akan diteruskan dengan Istiadat Berinai pada 8 malam, 25 Oktober 2024 manakala Istiadat Persandingan Diraja pada 8 malam, 27 Oktober 2024.

Difahamkan, Istiadat Akad Nikah, Istiadat Berinai dan Istiadat Persandingan akan disiarkan secara langsung melalui dua buah layar besar yang disediakan di Dataran Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) dan sebuah layar di Dataran Muzium Diraja, Pekan, Pahang.

Pelbagai acara menarik akan diadakan di kedua-dua lokasi iaitu di Dataran MBK dan di Dataran Muzium Diraja sepanjang tarikh Istiadat Perkahwinan Putera Diraja berlangsung.

Manakala Istiadat Menutup Kerja Istiadat Perkahwinan Putera Diraja akan diadakan pada Isnin, 28 Oktober 2024.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang