Sekali lafaz Tengku Muhammad Iskandar sah bergelar suami, manisnya Tengku Natasya Puteri jadi tumpuan!

No Image Caption
A
A
A

ISTIADAT pernikahan putera diraja Pahang, Tengku Arif Bendahara, Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah dan pasangannya, Tengku Natasya Puteri Tengku Adnan selamat dilangsungkan.

Dalam istiadat di Istana Abdulaziz, Kuantan, Pahang itu, pasangan Pengantin Diraja dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dengan mas kahwin senaskhah al-Quran.

Manis sungguh! Pasangan mempelai diraja elegan mengenakan persalinan berona putih.

No Image Caption

Tengku Muhammad Iskandar segak dengan baju Melayu warna putih lengkap bersamping songket manakala Tengku Natasya pula memakai persalinan pengantin potongan moden rona yang sama.

Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah, Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Tengku Mahkota Pahang Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pula sedondon rona hijau zamrud.

No Image Caption

Selesai akad nikah, Tengku Muhammad Iskandar diiringi untuk menunaikan solat sunat ke kamar khas dan kemudian disusuli dengan perarakan masuk Tengku Natasya Puteri ke pelamin.

Artikel Berkaitan:

Pengantin lelaki kemudiannya diarak masuk semula ke mahligai pelamin bagi menyempurnakan istiadat menyerahkan mas kahwin iaitu senaskah al-Quran dan menyarung cincin.

No Image Caption

Istiadat kemudian diteruskan majlis merenjis yang disempurnakan oleh Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah disusuli Tengku Hassanal.

Tidak ketinggalan ibu bapa pengantin perempuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Datin Seri Anggraini Sentiyaki.

No Image Caption

Pengelola Bijaya Diraja Utama Mejar Jeneral Datuk Mohamed Zahari Yahya sebelum ini memaklumkan Istiadat Berinai akan diadakan pada 25 Oktpber dan Istiadat Persandingan Diraja pada Ahad ini yang akan berlangsung di Istana Abdulaziz pada 8 malam.

Sementara itu, susunan Adat Istiadat Pahang diteruskan dengan Istiadat Santap Nasi AdapAdapan, Istiadat Bersiram dan Istiadat Menutup Kerja pada 28 Oktober 2024 di Istana Abdulaziz.

No Image Caption

Istiadat Santap Adap-Adapan bermula pada pukul 4 petang dengan Tengku Ampuan Pahang menzahirkan Istiadat Menyuap Nasi Semangat kepada pasangan pengantin.

Selamat pengantin baharu buat pasangan pengantin diraja ini!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang