'Tak sangka akan buka semula kapsul ini.' Usia 100 tahun Tun Mahathir buka Kapsul Masa Wawasan 2020, warga maya imbas baktinya!

No Image Caption
A
A
A

MANTAN Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini membuka semula kapsul masa yang dikenali sebagai Kapsul Masa Wawasan 2020 yang ditanam pada tahun 1996.

Beliau yang merupakan Perdana Menteri keempat bakal genap 100 tahun pada 10 Julai 1925 ini tidak menyangka akan membuka kapsul berkenaan yang ditanamnya sendiri tanam di Menara Kuala Lumpur hampir 30 tahun lalu.

Pelbagai jenis barangan termasuk wang telah dimasukkan ke dalam kapsul berkenaan dan dilihat semula selepas ia dikeluarkan ketika beliau berusia 100 tahun hari ini.

“Saya tak sangka saya yang akan buka semula kapsul ini,” katanya pada sidang akhbar.

No Image Caption

Tun Mahathir atau lebih dikenali sebagai Tun M adalah tokoh penting permodenan Malaysia.

Pada eranya, Malaysia daripada negara dunia ke-3 kepada negara industri apabila memperkenalkan jenama kereta nasional Proton dan usaha-usaha beliau dalam memajukan negara selama ini.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

Menerusi siaran langsung di laman sosial, ramai teruja melihat Tun M membuka kapsul berkenaan.

"So proud of Tun M. Beliau membina Malaysia moden dengan Kuala Lumpur City Centre (KLCC), Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Menara KL Tower, Sepang Circuit, Putrajaya, Transit Aliran Ringan (LRT), Lebuh Raya Utara Selatan dan banyak lagi. Terima kasih atas baktimu."

"Ya ALLAH SWT panjangkn umur Tun M. Zaman beliau gaji kecil pun mampu beli rumah. Zamannya Malaysia megah di seluruh dunia dengan Proton, KLCC dan Sepang Formula 1."

"Meremang bulu roma. Alhamdulillah, saya sebagai rakyat Malaysia rasa bangga ada Tun Mahathir. Negara ulung."

Sekadar info, kapsul berkenaan ditanam sempena perasmian Menara Kuala Lumpur dan sepatutnya dibuka pada tahun 2020.

Namun, disebabkan pelbagai faktor termasuk pandemik Covid-19 pembukaan kapsul berkenaan terpaksa ditangguhkan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang