Mohon privasi, Tengku Hassanal ingin hal perkahwinan dihormati. 'Buat masa ini, komited untuk berkhidmat'
TENGKU Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah memohon orang ramai supaya menghormati keputusan dan privasi peribadi berkaitan perkahwinan baginda kelak.
Menerusi laman sosial Instagram, anakanda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah itu berkata, baginda tetap menghargai keprihatinan rakyat yang berminat untuk mengetahui tentang kehidupan peribadinya.
"Sebagai seorang putera raja dan waris ganti negeri, saya sangat menghargai keprihatinan dan minat yang ditunjukkan terhadap kehidupan peribadi saya oleh orang ramai.
"Bagaimanapun, saya memohon agar keputusan dan privasi peribadi mengenai perkahwinan saya pada masa hadapan dapat dihormati.
"Saya percaya bahawa pilihan hidup yang penting seperti ini harus dibuat dengan teliti dan pada masa yang sesuai bagi saya," " titahnya di Instagram.
Baca juga: "Jaga kesihatan dan keselamatan diri, jangan bermain air banjir" - Titah Tengku Hassanal
Tengku Hassanal berkongsi isu berkenaan menerusi laman Instagram pada Khamis, malam.
Putera berusia 29 tahun itu juga mahu meletakkan fokus terhadap tugas-tugas serta tanggungjawabnya ke atas rakyat jelata.
“Saya percaya bahawa kehidupan yang begitu bermakna pilihan harus dibuat dengan teliti dan pada masa yang sesuai untuk saya.
“Buat masa ini, saya komited untuk berkhidmat kepada Raja dan Negara serta akan menjalankan tugas dan tanggungjawab saya dengan penuh dedikasi.
“Sokongan anda amat kami hargai. Terima kasih,” ujarnya lagi.
Terdahulu, baginda meminta orang ramai tidak terpedaya akaun media sosial palsu yang menggunakan nama dan gambar miliknya.
Tengku Mahkota Pahang itu menjelaskan hanya mempunyai satu akaun media sosial rasmi iaitu di platform Instagram dengan menggunakan nama @this.7 manakala akaun lain termasuk di Facebook, Instagram, TikTok atau Threads yang menggunakan nama dan gambar baginda adalah palsu.
Sekadar info, Tengku Hassanal diputerakan pada 17 September 1995 di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan.
Baginda terdahulu diisytiharkan sebagai Tengku Panglima Besar Pahang pada 18 Jun 2018.
Berikutan ayahanda baginda menaiki takhta sebagai Sultan Pahang yang keenam, Tengku Hassanal dilantik menjadi Tengku Mahkota Pahang pada 22 Januari 2019 dan dimasyhurkan pada 29 Januari 2019.
Baca juga: 'Congratulations gorgeous'. Beauty with brains, Tengku Ameera Asya genggam ijazah sarjana muda kelas pertama
Tengku Hassanal mempunyai dua orang adinda lelaki dan dua orang adinda perempuan iaitu Tengku Arif Bendahara Pahang, Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah, Tengku Panglima Perang Pahang Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah dan Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah Athiyatullah.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang