'Congratulations gorgeous'. Beauty with brains, Tengku Ameera Asya genggam ijazah sarjana muda kelas pertama

No Image Caption
A
A
A

TAHNIAH diucapkan buat Yang Mulia Tengku Ameera Asya, anakanda Yang Amat Mulia (YAM) Tengku Muda Pahang Tengku Abdul Rahman Al-Haj dan Yang Amat Berbahagia Cik Puan Muda Pahang, Cik Puan Muda Julita Aishah Abdul Latiff kerana berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang.

Memuat naik foto diapit bonda dan ayahanda pada majlis konvokesyen di laman sosial Instagram, graduan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Perhubungan Awam dan Pemasaran, Taylor’s University itu berkongsi kapsyen pendek.

"Class of 2024," titipnya.

Memetik portal Nona, majlis konvokesyen berkenaan diadakan pada Jun lalu di i Lakeside Campus, Petaling Jaya.

Lebih bermakna lagi, puteri sulung daripada empat beradik itu menggenggam skrol ijazah kelas pertama!

No Image Caption

"I am beyond elated to share that I’ve graduated with First Class Honours in Bachelors of Mass Communication (Honours) Public Relations and Marketing from Taylor’s University!

"I’m grateful beyond words to have this achievement and it wouldn’t have been possible without the unwavering support of my family, lecturers, and loved ones,” katanya.

No Image Caption



Tengku Ameera sebelum ini mendapat pendidikan menengah di The British International School of Kuala Lumpur.

Difahamkan, puteri itu juga merupakan eksekutif media sosial SORAH Entreprise iaitu sebuah jenama yang diusahakan Sophia Nina dan Asyarah Baharim yang turut berperanan membantu golongan yang kurang bernasib baik dan memerlukan.

Baca juga: Genap 16 tahun, sweetnya ucapan Azrinaz buat Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah. 'Happy birthday to the one that I Iove infinity'

Baca juga: Genap 22 tahun, Tunku Azizah titip ucapan manis buat Tengku Jihan. 'My miracle child'

Baca juga: Manis dan jelita seperti dulu, netizen teruja Tengku Fahd kongsi foto Cik Puan Julita Aishah

No Image Caption

Warga maya rata-rata mengucapkan tahniah buat Tengku Ameera dan pada masa sama turut memuji kecantikannya.

Tengku Ameera sering dilihat bersama puteri bongsu dan anakanda keenam kepada Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah iaitu Tengku Puteri Jihan Azizah Athiyatullah.

No Image Caption

Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah melangsungkan perkahwinan diraja dengan Cik Puan Muda Julita Aishah pada tahun 2002.

Istiadat Perkahwinan Di Raja itu berlangsung selama enam hari enam malam iaitu pada 23 Julai hingga 28 Julai 2002 di Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang.

Selain Tengku Ameera, Tengku Abdul Rahman dikurniakan tiga putera iaitu Yang Mulia Tengku Eddie Akasyah, Yang Mulia Tengku Ahmad Firhan Shah dan Yang Mulia Tengku Armaan Alam Shah.

Sumber: Nona

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang