Pernah ditipu sampai hangus modal RM100,000, usahawan wanita ini tetap percaya rezeki ALLAH & kembangkan jenama warisan keluarga

No Image Caption
A
A
A

BUKAN mudah untuk menaikkan nama Zai Seri Gemilang. Apatah lagi, ia hanya bermula daripada sebuah premis restoran yang menghidangkan masakan kampung asli Johor.

Pun demikian, Norhafizah Abd Karim tidak terus mengalah dan mengorak langkah lebih berani dengan menerokai dunia katering untuk pakej perkahwinan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Zai Seri Gemilang itu, meski sudah menawarkan servis katering secara kecil-kecilan sejak tahun 2013, namun ketika itu tiada sambutan menggalakkan.

“Memang susah nak dapatkan tempahan sebab orang tak kenal jenama kita dan masih belum percaya. Alhamdulillah, selepas lima tahun barulah nampak hasilnya.

No Image Caption

“Paling saya tak lupakan, jenama warisan keluarga 'meletup' selepas menerima tempahan katering untuk majlis perkahwinan artis popular tanah air,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Segmen 1

Bercerita tentang sejarah bisnes tersebut, bekas pembantu akaun itu memberitahu, sebelum itu perniagaan makanan yang diusahakan datuknya dengan jenama HS Katering cukup dikenali pada tahun 80-an.

No Image Caption

“Dulu Atuk bermula di Kluang, Johor sebelum ibu memulakan restoran di Seksyen 8, Shah Alam, Selangor pada tahun 2004. Alhamdulillah sambutan memang menggalakkan bermula jam 7 pagi hingga 10 malam.

“Kami menyediakan aneka lauk-pauk dengan resipi keluarga untuk puaskan hati pelanggan. Pada masa sama, rezeki dapat tender kantin dan tempahan makanan untuk pejabat kerajaan,” ceritanya dengan nada teruja.

No Image Caption

Berkat rezeki tempahan yang melimpah-ruah dan sentiasa menjaga kualiti masakan yang dipantau sendiri ibunya, Datin Zaiton Abdul Rahman, label Zai Seri Gemilang semakin berkembang.

No Image Caption

Bermula sebuah restoran, kini perniagaan keluarga itu sudah memiliki dua lagi cawangan iaitu Restoran Zai Seri Gemilang dan Seri Gemilang Cafe yang masing-masing terletak di Seksyen 7, Shah Alam, Selangor.

No Image Caption

Hangus modal RM100,000

Bersembang dengan ibu kepada empat cahaya mata itu rupa-rupanya menyingkap satu kisah memilukan apabila pernah ditipu pelanggan hingga hangus modal mencecah RM100,000.

“Tipulah kalau kata dalam bisnes makanan ini tiada pasang surut. Mesti ada turun naiknya. Cuma kita kuat tak kuat saja nak harung semua dugaan itu.

“Bila orang tipu tak bayar bayaran katering, memang down masa itu tapi saya percaya rezeki ALLAH,” katanya yang turut terjejas ketika negara dilanda wabak Covid-19.

No Image Caption

Saat itu ujarnya, keadaan cukup terkesan tanpa sebarang tempahan dan kedai terpaksa ditutup yang mana beliau bergantung kepada duit simpanan untuk survival hidup.

“Alhamdulillah, berkat kesabaran kami berjaya bertahan. Tempahan makanan untuk katering majlis perkahwinan kembali pulih kerana orang sukakan menu yang ditawarkan.

No Image Caption

“Paling laris, nasi minyak dengan ayam masak merah, daging masak beriani dan kambing masak kuzi. Kambing golek pun banyak orang tempah untuk majlis,” ujarnya.

No Image Caption

Meski berpangkalan di Shah Alam, Selangor, namun suri hati kepada Mohd Faisal Rosli, 43, itu tetap memenuhi tempahan hingga ke Janda Baik, Pahang dan Johor.

“Jika tiada halangan, kami juga merancang untuk kembangkan pasaran di Lembah Klang melibatkan lebih banyak dewan perkahwinan. Meski sekarang sudah ada 15 dewan perkahwinan dalam tangan tapi tak salah untuk terbang lebih jauh.

No Image Caption

“Apa yang membuatkan saya nekad selepas kami menerima pensijilan halal untuk produk makanan. Itu satu peluang untuk kami lebih dipercayai pada masa akan datang,” tuturnya penuh semangat.

No Image Caption

Sebelum menutup perbualan, Norhafizah sempat menitipkan kata-kata nasihat buat mereka yang masih tercari-cari idea untuk memulakan bisnes sendiri.

“Paling penting, hati kena kental sebab dalam dunia bisnes memang banyak cabarannya. Jangan cepat selesa dengan apa yang kita ada dan kena sentiasa memajukan diri.

No Image Caption

“Tak salah kalau tak mahu sambung belajar tapi diri kena ada ilmu. Saya sendiri, misalnya masih banyak belajar dengan ibu termasuk mewarisi resipi keluarga supaya lebih maju lagi,” nasihat anak sulung daripada empat beradik itu.

No Image Caption

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang