Teruskan bisnes minyak wangi milik suami selepas diuji penyakit jarang jumpa, semangat kental wanita ini cetus inspirasi buat semua
MENERUSKAN bisnes minyak wangi yang diusahakan suami tercinta bukanlah satu tanggungjawab enteng untuk digalas oleh Nur Fateha Isahak.
Apatah lagi, mempunyai anak yang masih kecil dan pada masa sama, menjaga belahan jiwanya yang terlantar selepas disahkan menghidap penyakit jarang-jarang jumpa, Sindrom Brugada.
Kelainan kesihatan itu merupakan gangguan ritma jantung disebabkan masalah genetik yang boleh menyebabkan penderitanya mengalami masalah jantung terhenti secara mendadak.
Muhammad Zulhilmi Zulkurnain, 32, yang sebelum ini sihat dan tidak pernah mengadu sakit, secara tiba-tiba pengsan selepas mengalami serangan jantung.
Kepada SinarPlus, Nur Fateha memberitahu, tahun 2023 merupakan detik penuh dugaan mencabar apabila suaminya terpaksa berkampung di unit rawatan rapi (ICU) di Hospital Melaka selama lebih empat bulan.
“Sebenarnya, masa kejadian saya sarat mengandung anak sulung dan kebetulan ketika itu berada di Melaka untuk mengambil arwah emak untuk menjaga kami semasa berpantang.
“Dalam keadaan sarat, saya ke hulu ke hilir menguruskan suami yang masih tidak sedarkan diri dan sepatutnya tarikh bersalin lambat lagi tapi anak ‘keluar’ awal. Mungkin disebabkan stres, panik dan banyak berjalan,” ceritanya yang menetap di Puchong, Selangor.
Wanita tabah berusia 32 tahun itu mengakui, dalam tempoh tersebut, dirinya kerap tertanya-tanya punca kesihatan si suami yang semakin hari semakin merosot dan keputusan ujian benar-benar menyentak jiwanya.
Sebaknya dengar luahan hati penyanyi, Azharina baru-baru ini.
Siapa yang tak nak bahagia, kan!
Lebih-lebih lagi bila tengah sakit, kanser pula tu. Jadi, normal lah bila beliau berharap punya suami yang boleh menemani dan menjadi tempat untuknya bergantung harap, kan!
Rupa-rupanya sudah 17 tahun beliau bergelar ibu tunggal, kenapa agaknya anak kelahiran Sabah itu masih solo sedangkan usianya baharu 38 tahun.
Katanya bukan tidak mencari, bahkan dalam tempoh tersebut pernah bertemu. Nak tahu lebih lanjut, dengarkan perkongsian beliau bersama SinarPlus.
#coversinarplus #azharinaazhar #elegisepi #penyanyi #komposer #ibutunggal #pejuangkanser #kanserrahim #SinarPlus #lifestylesinarharian
Personaliti: AZHARINA AZHAR (@azharina_a)
Teks/ video: ZAITON ABDUL MANAF (@honeza)
Foto: ASRIL ASWANDI
Grafik/Reka letak: ASFALILI KASIM (@exfalily) & HAZEMI NAZAHAR" />
Sebaik disahkan sindrom jarang-jarang jumpa yang hanya menimpa seorang pesakit berbanding 50,000 orang, berita memeranjatkan itu membuatkannya hilang arah.
Masakan tidak, serangan jantung menakutkan itu menyebabkan nafas si suami terhenti hampir sejam, sekali gus menyebabkan level oksigen tidak sampai ke otak.
Lantaran itu, organ penting tersebut membengkak sehingga menyebabkan ayah kepada seorang cahaya mata itu tidak mampu bergerak, waima seinci pun.
Selain bergantung sepenuhnya tiub makanan dan trakeostomi, Muhammad Zulhilmi juga memerlukan susu khas serta lampin pakai buang dewasa sepanjang hayat.
Tatkala bercerita tentang syurganya itu, Nur Fateha berkata, belum kering air mata mengenangkan nasib suami, ibu tercinta pula pergi menghadap ILAHI selepas disahkan kanser paru-paru tahap empat pada tahun yang sama.
“Dua minggu selepas suami sakit, ibu pula disahkan kanser. Kedua-duanya ditempatkan di hospital sama dan meski masih berpantang, saya kerap melawat mereka walaupun berkerusi roda.
“Cuma kesihatan ibu semakin teruk sehingga tak boleh jalan. Dalam sebulan lebih dirawat, ibu meninggal dunia sedangkan masa itu, suami masih dalam wad ICU,” katanya dengan nada sebak.
Perjuangan suami
Memikirkan anak yang kini sudah mencecah umur setahun dan suami masih tiada perkembangan positif, mendorongnya untuk berhenti kerja demi meneruskan perusahaan minyak wangi.
Sebelum itu ujarnya, perniagaan tersebut diuruskan buat sementara waktu oleh rakan kongsi suami sebelum diserahkan kepadanya selepas kekangan waktu pengurusan.
Mahu tidak mahu, Nur Fateha yang mengakui dirinya 'zero' ilmu dalam bidang tersebut perlu bangkit demi menyelamatkan bisnes suami yang hampir gulung tikar ketika itu.
Berkat tunjuk ajar rakan kongsi dan bantuan staf yang baik membolehkan ibu cekal itu bangkit menguruskan sumber rezeki baharunya.
“Sekarang ini, saya menumpang di rumah mertua untuk memudahkan penjagaan suami dan anak. Sebelum pergi kerja, saya akan pastikan keperluan kedua-duanya cukup dan bergegas pulang pada jam 6 petang untuk memantau mereka.
“Alhamdulillah, sokongan ibu bapa mertua sangat kuat. Ditambah dorongan adik-beradik lain membuatkan emosi saya semakin stabil. Bisnes pun masih fasa bertahan,” tuturnya.
Produk minyak wangi dengan jenama Elegant AccScents yang diasaskan suami sejak tahun 2021 itu menjadi asbab buat anak jati Melaka untuk terus bersemangat meneruskan titik peluh suami tersayang.
“Meski kilang di Melaka terpaksa ditutup dan dipindahkan ke Puchong untuk memudahkan pengurusan, namun alhamdulillah rezeki jualan kami mampu menampung kos buat masa ini," ungkapnya.
Sudah menjadi impian besar buat Nur Fateha untuk melihat empayar bisnesnya yang dijenamakan semula dengan nama Parfum dikenali ramai.
“Selain jualan lebih 50 jenis wangian diri dan kereta, saya juga membuka peluang kepada mereka yang mahu mengeluarkan produk minyak wangi sendiri atau pembelian borong untuk majlis keramaian.
“Saya akui memang sukar untuk bersaing dengan syarikat lain. Moga ALLAH permudahkan rezeki kami semua,” katanya menutup perbualan.
Sumbangan ikhlas boleh disalurkan ke akaun Maybank 164472361404 atas nama Nur Fateha Binti Isahak untuk meringankan beban.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang