Intai variasi pilihan jaket hitam. Siapa tahu ada yang jatuh cinta
GAYA atau fesyen seseorang secara tidak langsung mampu menyerlahkan sisi sebenarnya pemakai.
Kata orang, bagaimana acuan begitulah kuihnya. Justeru, buatlah pilihan tepat agar tidak disalah tafsir.
Tidak hanya mempamerkan personaliti, fesyen turut mampu menjadi salah satu cara untuk meluahkan perasaan.
Begitu juga dengan jaket hitam yang tentu sahaja menjadi pilihan buat mereka memiliki jiwa lasak.
Menurut majalah fesyen, elle.com, jaket kulit hitam boleh antara cara mudah untuk menarik perhatian.
Kehadirannya mampu mengubah penampilan dan ia merupakan pakaian mampu milik dan wajib ada bagi setiap pencipta fesyen.
Jadi, jom kita lihat pilihan jaket hitam yang perlu ada dalam koleski almari.
1. Fanx Leather Belted Motorcycle
Jenama: Levi's
Lihat sahaja sudah tahu gaya sebegini sinonim dengan sukan permotoran.
Klasik dan sentiasa menjadi pilihan terutamanya pencinta aktiviti lasak tersebut.
2. Lightweight Leather Jacket
Jenama: Coach
Boleh dipadankan dengan pelbagai gaya. Jaket hitam ini menjadi antara yang popular dan termasuk dalam carta wajib ada.
Warna butang keemasan juga menyerlahkan aura si pemakai dan kelihatan lebih ranggi dan bertenaga
3. Natalia Leather Trench Coat
Jenama: Apparis
Rekaannya yang retro dan masih malar segar mampu memukau setiap mata yang memandang.
Ciri klasik ini tidak hanya mempamerkan gaya mewah, tetapi turut menjadikan imej lebih menawan.
4. Cropped Double front Pocket Leather
Jenama: Commense
Golongan muda tentu sahaja mudah tertarik dengan rekaan ini. Tidak hanya itu, mereka yang masih 'berjiwa' belia turut menggemarinya.
Stail retro ini mampu membuatkan kita mengimbau semua zaman era filem Gila Gila Remaja.
Jaket ini boleh dipadankan dengan potongan seluar tinggi.
Ringkasnya, terdapat banyak lagi pilihan jaket hitam mengikut cita rasa tersendiri.
Namun, apa yang pasti jaket hitam memiliki daya penarik dan aura tersendiri dalam membantu bagi menyerlahkan gaya penampilan.
Justeru, jaket hitam mana yang menjadi pilihan?
Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus
Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang