Isteri suka makan sotong, cetus ilham pada Mamu buka gerai Sotong Sultan. Ramainya orang beratur beli...
SETIAP hari Gerai Sotong Sultan yang terletak di Taman Mutiara, Sungai Kob, Kulim, Kedah dipenuhi ramai orang.
Selaku pemilik, Zuraidi Lokman bersyukur kerana premis yang baru sahaja dibuka pada penghujung Mei tahun lalu menerima kunjungan pelanggan yang tidak putus-putus.
Sambutan luar biasa itu kemudian mendorongnya membuka beberapa lagi cawangan masing-masing di Kulim; Tapah, Perak (dua premis) dan di Uptown Danau Kota, Kuala Lumpur.
Cerita Zuraidi atau mahu disapa sebagai Mamu, bisnes beliau sebenarnya bermula apabila isteri tersayang, Nurul Nadia A Osman, 36, suka menikmati hidangan sotong, tetapi menu itu sukar didapati di sekitar Kulim.
"Isteri saya suka sangat makan sotong bakar di Gurun. Mahu berulang-alik ke sana memang jauh. Jadi, tercetus idea mahu menjual sajian sotong dan alhamdulillah, sambutan yang diterima cukup menggalakkan.
"Kalau diikutkan masa pertama kali jual di bazar Ramadan, sehari boleh habis hampir 40 kilogram sotong segar yang dibakar. Keadaan itu membuatkan saya terus bersemangat untuk menjualnya sehingga sekarang," katanya.
Berkongsi keunikan Sotong Sultan, anak jati Sungai Petani itu berkata, resipi sosnya memang digemari ramai kerana memiliki kepelbagaian rasa seperti pedas, manis dan ditambah dengan curahan rempah kari.
"Dua tiga kali jugalah saya cuba bereksperimentasi untuk mendapatkan rasa yang tersendiri, akhirnya menjadi juga," katanya.
Tidak seperti peniaga lain yang hanya menjual sotong semata-mata, Mamu masih mengekalkan telur yang terdapat di dalam perut haiwan berkenaan.
"Jika dibandingkan tempat lain, ada juga yang suka mencampurkan isi sotong dengan telur ayam atau kentang untuk menampakkan sajian gemuk dan buncit. Namun, saya tak memilih cara itu.
"Bagi saya, lebih sedap dan puas hati jika sotong itu disumbat dengan telur sotong sendiri tanpa campuran bahan lain,” kongsinya yang mendapatkan bekalan daripada tiga pembekal tempatan.
Mamu memberitahu, biasanya beliau akan memilih sotong bersaiz besar iaitu kira-kira 15 hingga 18 sentimeter sahaja.
"Untuk sos sambal pula, saya akan masak sendiri dalam kapasiti yang banyak.
"Kemudian, saya akan sejuk bekukan sebelum dihantar ke cawangan supaya keaslian rasanya terpelihara," ujarnya mengakhiri perbualan.
Sotong Sultan
Alamat: Cawangan Kedah (Taman Mutiara, Sungai Kob dan Bandar Kulim), Perak ( Tapah) dan Kuala Lumpur (Uptown Danau Kota)
Waktu operasi: 11.30 pagi hingga hingga 12 tengah malam (bergantung kepada tempat)
Harga: Bermula RM15 hingga RM45
Facebook: Sotong Sultan Gombak
Tiktok: Sotong Sultan Gombak
#jomsinggah
Sotong sebenarnya enak untuk dibakar atau dimasak pelbagai resipi seperti sambal atau goreng kunyit.
Pun demikian, harga yang tidak konsisten dan sedikit mahal membuatkan ramai befikir dua kali untuk menikmatinya di kedai.
Tidak perlu risau, hasil carian SinarPlus mendapat terdapat beberapa premis yang menjual sotong pada harga mampu milik. Antaranya seperti:
Sotong Gergasi Kayu Api
Alamat: Dagang Avenue Food Court, Jalan Dagang B/3A, Taman Dagang, Ampang, Selangor
Waktu operasi: 6 petang hingga 12 malam
Harga: RM25.90
Facebook: Burger Bakar Abang Burn
Instagram: @abangburn
Baca juga Resipi tersendiri rojak sotong gergasi milik pasangan suami isteri ini viral satu Malaysia
Sotong Buncit Jahat
Alamat: Kedah (Berhadapan Simpang 3 Guar Nenas, Guar Nenas, Gurun dan Kampung Mergong Indah, Alor Setar)
Waktu operasi: 9 pagi hingga 5 petang
Harga: Bergantung kepada harga pasaran
Facebook: TOP D GURUN dan Restoran Top D Alor Setar Mergong
Sotong Bakar Berempah Air Asam
Alamat: No 11, Anjung Tasik Maran, Maran, Pahang
Waktu operasi: 10 pagi hingga 10 malam
Harga: Bermula RM25 hingga RM45
Facebook: Warisan Haji Husain corner
Instagram: @warisanhajihusain
Sotong Bakar Gemuk
Alamat: Jalan Usahawan 2, Cyber 6, Cyberjaya
Waktu operasi: 11.30 pagi hingga 3.30 petang
Harga: Bergantung kepada harga pasaran
Facebook: Bumbung Bakar
Instagram: @Bumbungbakar
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang