Jakel rasmi gedung baharu, lancar kempen Jualan Rahmah. Harga murah, kualiti diutamakan
JAKEL terus memperluaskan penawaran jualan persiapan Aidilfitri kepada orang ramai menerusi pembukaan premis terbaharu bertempat di Seksyen 7, Shah Alam.
Gedung tekstil tersebut juga terletak 200 meter dari premis lama yang sebelum ini musnah dalam kejadian kebakaran, awal tahun lalu.
Baca ni Tampak mewah dan eksklusif, abaya sentuhan Ezuwan Ismail dijangka laku keras sempena Aidilfitri
Menurut Pengarah Urusannya, Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed Jakel, gedung terbaharu itu dilengkapi dengan pelbagai kemudahan. Ia dijangka mampu memberikan keselesaan kepada para pelanggan.
"Gedung yang terletak bersebelahan Hospital Shah Alam ini turut menyediakan kawasan letak kereta. Ia mampu memuatkan kenderaan berkapasiti 1,000 ruang pada satu-satu masa.
"Selain itu, kami turut menyediakan perkhidmatan buggy khusus untuk membawa pelanggan dari tempat letak kereta hingga ke hadapan kedai," kongsi beliau lagi.
LANCAR KEMPEN JUALAN RAHMAH
Justeru, Mohamed Feroz menyeru warga Shah Alam dan orang ramai tidak mengira di mana mereka berada berkunjung ke premis berkenaan yang menawarkan harga cukup menarik.
"Kami bersyukur kepada ALLAH SWT kerana dengan izin-NYA, Jakel Shah Alam baharu ini sempat dibuka sempena ketibaan Aidilfitri.
"Selain baju Melayu, orang ramai turut berpeluang mendapatkan produk jenama Ariani dan Hajrah di sini," katanya.
Selari dengan hasrat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup dalam meringankan beban rakyat, gedung tekstil terkenal itu turut melancarkan Kempen Jualan Rahmah.
Harga baju raya yang ditawarkan jauh lebih murah, namun kualiti tetap diutamakan.
"Kita ingin membantu meringankan beban rakyat bagi memastikan semua orang berpeluang bergaya di hari raya Aidilfitri. Sebagai contohnya, sebelum ini samping dijual pada harga RM119. Kini, kami menawarkan harga RM39 menerusi kempen tersebut.
"Pun demikian, kami tetap memastikan kualiti diutamakan. Misalnya, bagi baju raya berharga RM149, Jakel memberi samping dan butang baju secara percuma," ujarnya.
Baca ni Kewajipan isteri & ibu tidak terabai, rupanya air tangan Ezzaty rahsia penambat hati suami
Pada masa sama, katanya, baju Melayu Aaron Aziz dan Nabil Ahmad sebelum ini ditawarkan pada harga RM229. Kini pelanggan boleh mendapatkannya dengan harga RM149.
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang