TAK kira di mana sahaja, kiri kanan jalan dipenuhi dengan peniaga yang menjual durian.

Macam biasa, ada pelbagai jenis atau varia. Antara yang paling popular ialah Musang King, udang merah, duri hitam dan yang paling banyak serta berbaloi, durian kampung.

Mengenai rasanya, bergantung kepada jenis buah. Ada yang isinya manis berlemak, sedikit pahit atau gabungan kedua-duanya.

Bagi penggemar raja buah tersebut, mereka sanggup berbelanja besar asalkan dapat memenuhi kehendak.

Makan, makan jua, tapi apa impaknya dari segi kesihatan?

durian
SUMBER Tom Fisk daripada PEXELS.

Ya, benar semua buah bagus, tapi sesetengahnya perlu diawasi pengambilannya lebih-lebih lagi kepada individu yang memiliki penyakit tertentu.

Untuk itu, kami merujuk satu penyelidikan dalam jurnal Bioinformation yang diterbitkan oleh National Library of Medicine, Amerika Syarikat.

Kajian pada 2018 yang diketuai oleh Dr Nurul Arneida Husin dari Jabatan Bioteknologi, Fakulti Sains Gunaan, AIMST University, Semeling, Kedah menyatakan beberapa manfaat durian.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by sinarplus (@sinarplus)

 Antaranya, pulpa durian adalah sumber nutrien yang sangat baik kerana ia mengandungi protein, lemak pemakanan, serat dan karbohidrat.

“Selain itu, ia kaya dengan vitamin seperti vitamin C, asid folik, thiamin, riboflavin, niacin, B6 dan vitamin A.

“Ia juga mengandungi mineral penting seperti kalium, besi, kalsium, magnesium, sodium, zink, fosforus,” katanya sambil menambah durian juga dipercayai mempunyai sifat memanaskan badan namun, ia belum disiasat secara klinikal.

Dr Nurul Arneida menambah, masyarakat di Asia percaya daun dan akar pokok raja buah itu boleh digunakan secara tradisional untuk membantu merawat kahak, melegakan selesema, penyakit kulit, jaundis dan bengkak.

Selain itu, kajian turut mendedahkan buah berkenaan mempunyai khasiat perubatan dan terapeutik yang berpotensi untuk meningkatkan sistem imun serta penyembuhan luka.

durian
SUMBER Hong Son daripada PEXELS.

Baca juga: Beli mahal-mahal tapi tak boleh makan, ini tip ringkas pilih durian isi penuh & elok

Baca juga: Wanita kongsi cara simpan ‘frozen’ tahan setahun, hantu durian wajib buat

AMARAN

Sementara itu, bekas Timbalan Pengarah dan Saintis Utama Pusat Penyelidikan Sains Makanan dan Teknologi, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia, Dr Suri Roowi berkata, seseorang yang mahu makan durian perlu mengambil tahu beberapa perkara tentang buah tersebut.

Kata Dr Suri melalui satu entri di Facebooknya, raja buah tersebut kaya dengan bahan asid amino tryptophan yang menenangkan fikiran dan sesuai untuk orang yang ada masalah insomnia (susah tidur).

Iklan

Ia juga mengandungi bahan organosulfur (bahan bau) yang bersifat antikanser, antioksidan, antimikrob, antihipertensi dan melindungi jantung.

durian
SUMBER Alexey Demidov daripada PEXELS.

“Durian merupakan satu-satunya buah tropika yang tinggi kandungan organosulfur,” katanya.

Namun, ia tidak boleh diambil secara berlebihan bagi mereka yang mempunyai masalah kesihatan.

Tambah beliau lagi, ada kajian menunjukkan dengan menikmati buah itu dengan banyak boleh meningkatkan kadar denyutan jantung.

Namun, kepada pesakit buah pinggang, anda tidak boleh menikmatinya berlebihan kerana kandungan potassium durian yang tinggi.

“Satu lagi, orang ramai diingatkan agar tidak makan durian bersama paracetamol atau alkohol kerana ia mungkin boleh menyebabkan kesan toksik,” katanya.

Bagaimanapun, ujarnya, perkara tersebut masih memerlukan kajian lanjut.

Iklan

Sebenarnya, tiada masalah untuk kita makan durian. Cuma makanlah dalam kuantiti yang sederhana.

Namun, kepada pesakit kronik, dapatkan nasihat daripada doktor anda terlebih dulu.

Jangan disebabkan seulas durian, nyawa kita tergadai.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang penuh inspirasi.