Jerebu: Semakin tinggi tahap IPU, semakin teruk impaknya pada kesihatan

MASALAH jerebu yang melanda negara pada ketika ini bukan suatu yang baharu.

Situasi yang menjejaskan kehidupan harian tersebut pernah beberapa kali sebelum ini.

Antara yang masih jelas dalam ingatan rakyat Malaysia adalah ketika jerebu menyerang negara pada tahun 2013.

Pada ketika itu bukan sahaja Malaysia sahaja yang terjejas, malah sekurang-kurangnya enam negara di Asia Tenggara terlibat dalam krisis jerebu rentas sempadan. 

SUMBER Johannes Plenio daripada PEXELS.

Itu semua berpunca daripada kebakaran di Sumatera dan Kalimantan Indonesia.

Menurut sumber sahih, jerebu teruk yang berlaku pada 1997 pula menyaksikan hampir seluruh negara diselaputi asap tebal sehingga menyebabkan Malaysia mengisytiharkan status darurat. 

Bacaan Indeks Pencemaran Udara di sesetengah kawasan juga melewati paras bahaya.

SUMBER Johannes Plenio daripada PEXELS.

KUALITI UDARA YANG TIDAK BAIK

Seperti yang kita sedia maklum ancaman jerebu memberi impak kepada kesihatan. 

Menurut portal My Health, kualiti udara yang tidak baik semasa jerebu berlaku dengan kehadiran partikel di dalam atmosfera. 

 

Situasi tersebut akan mengurangkan jarak penglihatan.

Ia terjadi disebabkan oleh pencampuran konsentrasi bahan pencemar udara yang dilepaskan merata-rata dan menyerap sinaran matahari di atmosfera.

Semakin tinggi tahap IPU, semakin bertambah kesannya kepada kesihatan.

SUMBER Pixabay daripada PEXELS.

Seseorang terdedah kepada persekitaran jerebu akan meningkatkan risiko mereka untuk jatuh sakit. 

Jangka masa dan intensiti aktiviti luar, tabiat merokok, umur dan status kesihatan memainkan peranan penting dalam memberi kesan kepada kesihatan seseorang individu.

Tambah MyHealth, antara kesan jerebu kepada kesihatan termasuk:

  1. Kesukaran untuk bernafas.
  2. Serangan jantung.
  3. Gatal–gatal pada tekak.
  4. Gatal–gatal pada mata.
  5. Jangkitan pada bahagian atas saluran pernafasan.
  6. Gatal–gatal pada kulit.

Baca juga: Awas jerebu! Minum banyak air, pakai pelitup muka, 10 golongan berisiko tinggi berhati-hati elak bahaya

Iklan
SUMBER Polina Tankilevitch daripada PEXELS.

GOLONGAN BERISIKO

Kebanyakan orang berisiko mendapat kesan kesihatan daripada fenomena tersebut. 

Berikut adalah golongan berisiko mendapat masalah kesihatan akibat jerebu. Antaranya: 

  1. Kanak–kanak.
  2. Warga emas.
  3. Pesakit yang mempunyai masalah pernafasan seperti asma dan radang pada saluran pernafasan (bronchitis).
  4. Pesakit yang menghidapi penyakit jantung dan alahan.
  5. Perokok.

Baca juga: Waspada! Risiko jerebu dijangka bermula Sabtu ini, taburan hujan rendah

SUMBER freestocks.org daripada PEXELS.

Sementara itu, Health Hub berkata, orang ramai dinasihatkan agar mengurangkan aktiviti luar semasa jerebu bagi mengelakkan kesan kesihatan akibat pendedahan kepada udara yang tidak sihat.

Berikut dikongsikan tip mengurangkan pendedahan kepada zarah jerebu di rumah: 

Iklan
  1. Tutup tingkap dan pintu apabila kualiti udara di luar kelihatan semakin teruk. Tindakan ini membantu mengurangkan kadar zarah jerebu memasuki rumah. 
  2. Kekal di dalam rumah dan kurangkan aktiviti fizikal.
  3. Kurangkan aktiviti yang boleh menghasilkan pencemaran udara di dalam ruang tertutup. 
  4. Buka semula tingkap dan pintu rumah apabila kualiti udara bertambah baik. 
  5. Memastikan kebersihan di rumah. Aktiviti seperti mengemop lantai boleh menghilangkan habuk. 
  6. Gunakan kipas atau aircond untuk peredaran dan penyejukan udara. 
  7. Gunakan pembersih udara mudah alih untuk mengurangkan zarah debu di dalam rumah. 

Baca juga: Jerebu: IPU lebih 200 sekolah tutup serta merta. 10 fakta ibu ayah perlu tahu

SUMBER Andrea Piacquadio daripada PEXELS.

SinarPlus ingin ingatkan supaya semua kita beringat dan mengambil langkah waspada. 

Jaga kesihatan dengan minum banyak air dan keluar rumah hanya ketika perlu sahaja.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!