JEREBU melanda seluruh seluruh negara menunjukkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat iaitu 100 hingga 200. Pada tahap ini, individu yang sihat dinasihatkan untuk mengurangkan aktviti luar manakala kanak-kanak, warga emas dan pesakit kronik pula perlu mengelakkan ia sama sekali.

Hal ini termasuk murid dan pelajar sekolah yang tentunya mengundang resah dalam kalangan ibu bapa. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam kenyataannya mengambil perhatian keadaan jerebu yang sedang melanda dan IPU tidak sihat di beberapa kawasan seluruh negara.

Baca juga: Awas jerebu! Minum banyak air, pakai pelitup muka, 10 golongan berisiko tinggi berhati-hati elak bahaya

Pendaftaran murid Tahun 1 bagi tahun 2022 dan 2023 kini dibuka

Berikut 10 fakta berkaitan ibu bapa perlu tahu:

1-Jika bacaan IPU melebihi 100, pihak sekolah hendaklah menghentikan semua aktiviti di luar bilik darjah yang melibatkan semua murid. Disarankan aktiviti keramaian/sukan luar bangunan ditangguhkan.

2-Jika bacaan IPU melebihi 200, semua sekolah yang berada dalam kawasan atau daerah hendaklah ditutup serta-merta.

3-Pengetua/guru besar hendaklah memastikan guru membuat tugasan sewajarnya di sekolah semasa sekolah ditutup jika guru tidak diberi cuti selaras dengan peruntukan dalam Surat Siaran Bil.8/2016: Garis Panduan Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran Akibat Bencana bertarikh 21 Julai 2016.

4-Jika bacaan IPU melebihi 500, guru dan kakitangan tidak perlu hadir ke sekolah.

5-Pihak sekolah hendaklah sentiasa mengikuti perkembangan semasa melalui media massa mengenai fenomena jerebu di kawasan atau daerah masing-masing supaya mudah untuk mengambil tindakan. Pihak sekolah boleh melihat terus bacaan IPU dan keadaan terkini status udara melalui laman portal JAS di alamat: https://apims.doe.gov.my/home.html .

Baca juga: 7 darurat di Malaysia sejak 1948 hingga hari ini yang ramai tak tahu

6-Pembukaan semula sekolah adalah bergantung kepada bacaan IPU bawah daripada 200. Jika trend bacaan menunjukkan pengurangan IPU bawah daripada 200, tindakan bolehlah diambil sebagai persediaan untuk pembukaan semula sekolah.

7-Murid-murid dinasihatkan memakai pelitup muka dan meminum air dengan kerap.
Pihak sekolah hendaklah merujuk murid-murid yang didapati tidak sihat kepada ibu bapa atau penjaga dengan kadar segera.

8-Pihak sekolah hendaklah merujuk murid-murid yang didapati tidak sihat kepada ibu bapa atau penjaga dengan segera.

9-Ibu bapa yang bimbang akan kesihatan anak-anak dibenarkan tidak menghantar mereka ke sekolah dan pihak sekolah hendaklah dimaklumkan hal ini.

10-Semua jenis peperiksaan awam hendaklah diteruskan.

Sementara itu, Ketua Jabatan Alam Sekitar (JAS), Datuk Wan Abdul Latiff Wan Jaffar dalam kenyataannya memaklumkan Pengemaskinian Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan untuk mempercepatkan tindakan yang perlu diambil oleh agensi. Antara tindakan agensi yang perlu dilaksanakan adalah seperti berikut:

Iklan

(i) NADMA akan mengaktifkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana di peringkat daerah/negeri/pusat apabila bacaan IPU melebihi 150 bagi tempoh lebih daripada 24 jam.

(ii) Menghentikan semua aktiviti di luar bilik darjah apabila bacaan IPU melebihi 100.

(iii) Sekolah, tadika dan taska ditutup serta-merta apabila bacaan IPU melebihi 200. Bagi tujuan ini, pihak sekolah, tadika dan taska dikehendaki sentiasa memantau bacaan IPU. Sekiranya trend bacaan menunjukkan peningkatan ke arah 200 persediaan perlu dilaksanakan untuk menutup sekolah, tadika dan taska yang berkenaan

(iv) Operasi Pembenihan Awan (OPA) akan dilakukan tertakluk kepada kehadiran awan dan cuaca yang sesuai pada bacaan IPU melebihi 150 bagi tempoh lebih daripada 24 jam.

Kualiti udara di dalam negara ini setakat2 Oktober didapati masih merosot dengan peningkatan kawasan yang mencatatkan bacaan IPU  yang tidak sihat terutama di kawasan pantai barat Semenanjung Malaysia.

Sebanyak 243 titik panas dikesan di Indonesia berdasarkan imej satelit National Oceanic and Atmospheric Administration (NOAA) 20.

Iklan

Bagaimanapun, katanya tiada titik panas dikesan di negara ini.

Baca juga: Asma: Wanita lebih berisiko maut berbanding lelaki. Kaum Hawa juga sukar nak kawal penyakit disebabkan hal ini…

Sumber: KPM, Jabatan Alam Sekitar

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!