Jom serbu menu autentik India versi halal sempena cuti Thaipusam, lokasi nombor 4 confirm kenyang sampai malam

A
A
A

MENU autentik masyarakat India memang tak asing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia.

Mana tidaknya, bermula daripada roti canai, tosai, uttapam, panipuri hinggalah lauk-pauk yang dihidangkan di atas daun pisang, semuanya disukai ramai.

Nasi daun pisang, misalnya mempunyai kisah sejarah tersendiri.

Hidangan tersebut sebenarnya berasal dari Kerala, India Selatan ketika penghijrahan ke Tanah Melayu semasa penjajahan British.

Nak dijadikan cerita, makanan tersebut bukan saja diminati komuniti India sendiri, malah seluruh masyarakat majmuk.

autentik india

Sekarang ini, sudah banyak premis yang menawarkan menu berkenaan untuk versi halal.

Lagi menarik, satu hamparan daun dipenuhi dengan variasi side dish seperti peria goreng, papadom, sayur kubis, acar timun, puri labu dan banyak lagi.

 

Sudah tentunya sajian utama seperti ayam goreng berempah, kari ayam, ikan goreng, sotong goreng, kari ikan atau kari kambing.

Carian SinarPlus mendapati, terdapat lima lokasi makan-makan yang menyajikan hidangan dengan konsep lebih kurang sama yang dikongsikan pengguna TikTok.

autentik india

autentik india

1. Macha & Co

Alamat: Cawangan seluruh negara

Waktu operasi: 10 pagi hingga 10 malam

Facebook: Macha & Co

Instagram: @machancomy

autentik india

2. Raksh mahaal

Alamat: 40-G & 40-2, Petaling Utama Avenue, Jalan PJS 1/50, Taman Petaling Utama, Petaling Jaya, Selangor

Waktu operasi: 11 pagi hingga 11 malam

Facebook: Raksh Mahaal

Instagram: @rakshmahaal

Baca juga 7 restoran yang sajikan nasi daun pisang terbaik di Lembah Klang. Salah satunya mesti dah pernah pergi

autentik india

3. Banana Bro

Alamat: Cawangan seluruh negara

Waktu operasi: 10 pagi hingga 10 malam

Facebook: Bananabro

Instagram: @bananabromy

autentik india

4. Daun Pisang Guys

Alamat: 36, Ground Floor, Jalan Datuk Sulaiman, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur

Waktu operasi: 10 pagi hingga 10 malam

Facebook: Daun Pisang Guys (Daun Pisang Guys at TTDI)

Instagram: @daunpisangguys

Baca juga Tahan 13 jam dalam daun pisang, nasi tumpang menu tradisi Kelantan kian ditelan zaman

autentik india

5. Mollagaa

Alamat: 50A, Lebuh Ampang, Kuala Lumpur

Waktu operasi: 11 pagi hingga 10 malam

Facebook: Mollagaa Restaurant

Instagram: @mollagaarestaurant

autentik india

Jadi, apa tunggu lagi? Kalian boleh usha menu yang ditawarkan oleh peniaga yang menyajikan kulinari dengan gaya tersendiri.

Tak percaya? Terdapat restoran yang menawarkan menu tradisional sebagai lauk tambahan. Memang berbaloi!

Daun Pisang Guys sebagai contoh, menawarkan menu masakan 100 peratus warisan Melayu untuk mereka yang teringin nak makan stail daun pisang. Memang unik ?

Okey, selamat menjamu selera.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca