KEBENARAN rentas negeri yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam ternyata memberi sinar kegembiraan buat orang ramai.

Sana sini di media sosial warga maya mengucapkan syukur dan terima kasih atas kebenaran yang diberikan setelah sekian lama aktiviti itu tidak dibenarkan bagi memutuskan rantaian Covid-19.

Pun begitu, orang ramai yang ingin pulang ke kampung atau melakukan ziarah bertemu keluarga di luar lokaliti dinasihatkan menjalani ujian kendiri Covid-19.

Terdapat lima Penilaian Kendiri Covid-19 dikenali TRIIS (ulang, hafal dan hadam) yang disarankan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaludin Abu Bakar bagi orang ramai yang bakal merentas sempadan negeri untuk pelbagai tujuan seperti pulang ke kampung mahupun melancong.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Salah satu daripadanya dan paling utama adalah Test iaitu segera melakukan ujian saringan Covid-19 secara kendiri sekiranya alami simptom-simptom jangkitan seperti selesema, demam batuk dan lain-lain.

Walaupun tidak diwajibkan, sekurang-kurangnya korang jujur pada diri sendiri melakukan ujian tersebut bagi mengetahui tahap kesihatan.

Jadi, sekiranya korang ingin pulang ke kampung dan bertemu dengan golongan berusia, lakukanlah kit ujian kendiri Covid-19 (RTK) air liur (saliva). Mudah!

Saringan menggunakan air liur sebenarnya sensitif, pantas dan mampu dilakukan dengan mudah. Tetapi ia bergantung kepada kualiti sample dan teknik yang digunakan.

Jujur lakukan swab sebelum rentas negeri, ini cara tepat guna air liur

Persiapan untuk ujian air liur haruslah bermula satu jam sebelum ujian dilakukan, ini perkara penting untuk korang ketahui;

1. Jangan makan dan minum.

2. Jangan merokok atau vape.

Iklan

3. Elakkan berus gigi atau berkumur dengan pencuci mulut atau air garam.

4. Jangan kunyah gula-gula getah.

5. Kumur dengan air kosong untuk mengeluarkan sisa makanan dan minuman (kopi).

Baca juga Rentas negeri tiada lagi SJR, pastikan patuh SOP! PDRM tetap buat pemeriksaan randoms

Iklan

Berikut adalah contoh sample air liur yang tidak berkualiti;

  • Air liur bercampur dengan bahan asing lain.
  • Air liur terlalu sedikit (bawah 1.0 mL).
  • Perubahan warna akibat sisa minuman atau makanan (sepatutnya jernih).
  • Gumpalan makanan, lendir atau sisa lain.
  • Berbuih buih, sisa ubat gigi

Semua orang bertanggungjawab dalam memerangi wabak Covid-19 ini. Sama ada kita menang bersama atau kalah bersama. #kitajagakita

Sumber: Public Health Malaysia