Kafe hipster dalam kampung, Dapo Putih bertali arus terima tetamu. Dekat dengan pantai Sungai Nibong pula tu...

A
A
A

BIASANYA, kafe ala hipster selalu ditemui di kawasan bandar. Jarang sekali wujud di kampung-kampung.

Namun, sekiranya pembaca SinarPlus bertandang ke Kampung Simpang Lima, Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor, terdapat sebuah premis yang dinamakan Dapo Putih.

Sekali pandang, anda mesti terpanggil untuk ke sana.

Sejak dibuka pada Jun tahun lalu, pemiliknya, Nor Syafika Diana Ahmad Kamal dan suami, Muhammad Irfan Md Amir bersyukur kerana kafe mereka masih mendapat menarik pelanggan yang ramai walau terletak di ceruk desa.

Selaras dengan nama Dapo Putih, Nor Syafika menerapkan rona serba putih pada keseluruhan bangunan segi tiga yang dibina di atas tanah sendiri seluas 0.4 hektar.

kafe hipster dapo putih

Menurut wanita itu, beliau menggunakan khidmat bapa saudaranya untuk membina premis berkenaan.

“Saya sukakan konsep unik kafe yang terdapat di Thailand dan Indonesia. Kebetulan saya memang sukakan warna putih, maka terhasillah Dapo Putih bermula di dinding dalam, luaran, kerusi termasuk payung meja,“ ujarnya.

 

Ujar Nor Syafika, sekitar pukul 5 hingga 7 malam, premisnya dibanjiri ramai orang.

Durasi masa itu dipilih barangkali para pelanggan mahu merasai angin laut lantaran kedudukan kafe itu terletak 3 kilometer dari pantai Sungai Nibong.

Memilih sajian Barat sebagai makanan signatur, akui bekas eksekutif kewangan berusia 29 tahun itu, beliau sendiri yang memasak semua menu berkenaan.

kafe hipster dapo putih

Antara sajian yang boleh dipesan ialah sosej berkeju, bebola daging, piza selain Mee Kari Ketam Dapo Putih dan Nasi Goreng Chicken Chop Klasik.

Baca juga Sarapan lempeng, ubi rebus sambal power dalam kafe hipster, ini pilihan destinasi selera ala kampung wajib singgah

Pun demikian, Nor Syafika mencadangkan agar pengunjung mencuba chicken chop dan spicy aglio olio. Dua hidangan berkenaan disusuli dengan meneguk segelas coklat ais. Memang enak!

kafe hipster dapo putih

“Untuk chicken chop, kepingan ayam akan digoreng keemasan, ia rangup di luar dan lembut di dalam. Untuk sosnya pula, saya bubuh herba terpilih dan rasanya tidaklah terlalu pedas.

"Sesuai dimakan oleh kanak-kanak ataupun warga emas,“ ujarnya sambil memberitahu rata-rata masakan di Dapo Putih merupakan resipi ibu mertua, Hayati Jeragan yang banyak membantu dari segi teknik memasak.

Jika sekadar mahu minum petang, pelanggan boleh memilih seleksi makanan ringan seperti piza, sosej berkeju dan beberapa jenis kek seperti biscoff cheese cake, blueberry cheese cake dan kek batik.

kafe hipster dapo putih

Bagi minuman, Nor Syafika mencadangkan orang ramai mencuba minuman sejuk seperti latte, mocha, matcha, yam, lemon pudina, teh lemon dan soda strawberi.

Pada masa akan datang, selain menambah ruang makan, usahawan itu mahu mempelbagaikan lagi pilihan minuman.

kafe hipster dapo putih

“Setakat ini, kami hanya sediakan air jenis sejuk. Untuk peminat kopi, kami juga akan sediakan senarai baharu. Insya-ALLAH,“ katanya menutup perbualan.

kafe hipster dapo putih

Dapo Putih

Alamat: Lot 27, Jalan SMKA, Tun Rahah, Sungai Besar, Selangor

Waktu operasi: 7 pagi hingga 10 malam

Menu signatur: Sosej berkeju, bebola daging, piza, Mee Kari Ketam Dapo Putih dan Nasi Goreng Chicken Chop Klasik

Instagram: @dapo.putih

TikTok: @dapo.putih

#jomsinggah

kafe hipster dapo putih

APABILA anak bandar pulang ke kampung, idea yang diterjemahkan hasil pemerhatian mereka sepanjang berada di kota metropolitan cepat ‘menangkap‘ perhatian ramai.

Golongan itu sedar, tawaran makanan dan garapan dekorasi unik pada premis akan menjadi magnet untuk menarik perhatian ramai.

Baca juga Hello peminat ‘pink’, ini 5 kafe hipster boleh kalian serbu sekitar Selangor & KL

Inisiatif Dapo Putih yang terletak di Kampung Simpang Lima, Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor turut boleh didapati di beberapa lokasi hasil carian kami di media sosial. Berikut butirannya:

kafe hipster

Kokalamo Kafe

Alamat: Batu 16, Jalan Sepang, Kampung Chelet, Nilai, Negeri Sembilan

Waktu operasi: 4 petang hingga 12 malam

Menu signatur: Nasi Goreng Kokalamo dan Maggi Goreng Daging Kokalamo

Facebook: Kokalamo Kafe

Instagram: @kokalamo.kafe

kafe hipster

Ngeteh Cafe

Alamat: Batu 27, Jalan Kampung Pantai, Kampung Pantai, Kuala Sungai Baru, Melaka

Waktu operasi: 3 petang hingga 7 petang

Menu signatur: Set croffle bersama caramel latte

Facebook: NgetehCafe.hq

Instagram: @ngetehcafe.hq

Hakami‘s Gourmet

Hakami‘s Gourmet

Alamat: No 47, Bayu Mesra, Kampung Sungai Ular, Kuantan, Pahang

Waktu operasi: 5 petang hingga 12 malam

Menu signatur: Burger Kerbau Hakami dan Hakami‘s Double Chicken Patties Burger

Facebook: Hakami‘s Gourmet

Instagram: @hakamis_gourmet

kafe hipster

Yard & Co

Alamat: Lot 4785, 1, Jalan Siakap, Kampung Sungai Rengit, Pengerang, Johor

Waktu operasi: 12 tengah hari hingga 7 malam

Menu signatur: Ahma‘s Bowl Grandma Style dan Buttercake With Buttercream Rose Pistacio

Facebook: Yard & Co.

Instagram: @yardnco

kafe hipster

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca