SARAPAN ubi rebus sambal tumis, lempeng atau pulut ikan masin lazimnya mudah didapati di kawasan kampung.

Kalau dahulu, jarang sekali menu tradisional sedemikian ditawarkan untuk warga kota. Kalau ada pun, memang tak banyak.

Pun demikian, sekarang ini selera orang bandar nampaknya sudah banyak yang berubah.

Mereka sudah mula mencari lauk orang dulu-dulu untuk juadah pagi. Barangkali mahu mengimbau nostalgia zaman kanak-kanak dulu. Tak mustahil, kan?

sarapan ubi rebus

Tak kurang juga, mungkin emak ayah mahu memperkenalkan semula masakan kampung yang mungkin anak muda zaman sekarang belum pernah rasa lagi.

Carian SinarPlus mendapati, sudah ramai pengusaha makanan memperkenalkan menu tersebut dengan cara tersendiri.

Menariknya, antara premis merupakan unit banglo yang diubah suai menjadi tempat makan yang nyaman dan cantik.

 

Bukan saja mempertaruhkan reka bentuk dalaman hipster dan moden, malah aneka masakan ala desa menjadi daya tarikan magnet para pelanggan.

Kalau diteliti satu persatu foto yang dikongsikan di media sosial, semua kulinari untuk sarapan pagi memang mengiurkan.

Jika kalian mahu mencuba, berikut pilihan destinasi yang boleh dipertimbangkan:

sarapan ubi rebus

1. Ruma.Cangkat
Alamat: Kampung Changkat Jering, Changkat Jering, Perak
Waktu operasi: 7.30 pagi hingga 3 petang
Facebook: Ruma.Changkat
Instagram: @ruma.changkat
TikTok: @ruma.changkat

sarapan ubi rebus

2. Hening Restaurant
Alamat: Lorong Damai 1, Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur
Waktu operasi: 7 pagi hingga 5 petang
Facebook: Hening Restaurant
Instagram: @hening.restaurant

Baca juga Petua elak angin, rebus pucuk ubi dengan satu bahan ini sebelum dimasak, wanita kongsi cara

sarapan ubi rebus

3. Lemuni Cafe
Alamat: Lot 9756, Kampung Chemperoh, Kampung Janda Baik, Pahang
Waktu operasi: 8 pagi hingga 5 petang
Facebook: The Lemuni
Instagram: @thelemuni

Baca juga Tip buat ubi getuk yang enak dan autentik air tangan Yusnizam yang wajib mak-mak cuba

sarapan ubi rebus

Iklan

4. Banglo 289
Alamat: Jalan Raja Chulan, Bukit Ceylon, Kuala Lumpur
Waktu operasi: 7 pagi hingga 4 petang
Facebook: Banglo.289
Instagram: @banglo_289

sarapan ubi rebus

5. Ciku Ciku Eatery
Alamat: No 7, Jalan Meru Bestari A14, Meru Bestari, Ipoh, Perak
Waktu operasi: 8 pagi hingga 10 malam
Facebook: Ciku Ciku Eatery
Instagram: @cikuciki.eatery

Nampaknya, menu sarapan pagi seperti lempeng, ubi rebus dan pulut sudah menjadi kegemaran ramai selain nasi lemak.

sarapan ubi rebus

Anda sudah pernah singgah di lokasi yang disenaraikan di atas?

Iklan

Apa kata, kongsikan pengalaman di ruang komen kami nanti.

Okey! Selamat mencuba.

sarapan ubi rebus

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang