SUDAH menjadi kelaziman pada zaman sekarang, anak kecil diberi gajet supaya mereka tak meragam dan khusyuk menghadap iPad atau telefon pintar.

Namun, sejak sekian lama diuar-uarkan, amalan itu tidak bagus meskipun pada mereka yang masih bergelar bayi.

Daily Mail dalam satu laporan mengatakan, pakar perubatan Sweden melarang kanak-kanak di bawah dua tahun menggunakan sebarang peranti termasuklah telefon, tablet atau menonton televisyen sekalipun.

Persatuan Pediatrik Sweden berkata, kanak-kanak berumur antara dua dan lima tahun pula hanya boleh diberikan masa skrin selama satu jam sahaja sehari.

“Skrin digital boleh menyampaikan maklumat berguna, memberikan hiburan dan menawarkan peluang untuk berhubung dengan orang lain.

“Pun begitu, otak kanak-kanak masih belum cukup matang untuk menyerap manfaat tersebut,” kata laporan tersebut.

Bunyinya macam berat jer untuk keluarga di Malaysia praktikkan.

 

MUDAH MARAH

Hasil penyelidikan menunjukkan perkembangan kanak-kanak boleh terjejas secara negatif disebabkan penggunaan barangan digital pada umur yang terlalu awal.

Antaranya golongan itu akan lebih mudah marah, kurang daya tumpuan dan hanya mengingati separuh daripada maklumat berbanding kanak-kanak yang tidak menggunakannya.

Selain itu, si kecil juga akan mengalami masalah tingkah laku atau kemurungan.

Tidak seperti buku, media digital mempunyai makanisme yang membuatkan kanak-kanak menjadi ketagihan.

Baca juga: Bukan hanya kanak-kanak, orang dewasa juga boleh alami penyakit jantung berlubang. Ini penjelasan pakar

Hal itu kerana kandungan paparan lazimnya mengandungi peralihan pantas, warna dan bunyi yang menarik.

Justeru, pakar kesihatan turut menyeru ibu ayah dan orang dewasa supaya mengawal penggunaan skrin mereka.

Iklan

Memang diakui sebarang peranti elektronik yang mengeluarkan bunyi dan animasi atau pergerakan merupakan teknik mudah memujuk si manja kesayangan untuk berkelakuan baik.

Baca juga: Anak orang Asli juara pertama pertandingan nyanyian, 10 fakta Amir Sisi, kanak-kanak Temiar ungguli The Chosen One

Baca juga: Kagum semangat juara, kanak-kanak kudung kaki Muhammad Aqil dibawa bertemu pakar prostetik

Namun, SinarPlus ingatkan supaya ia tidak diberikan kepada bayi.

Untuk anak-anak di bawah usia lima tahun pula, seeloknya peluang tersebut dilakukan dengan kawalan dan untuk tempoh yang ditetapkan.

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!