Kerabu pucuk daun kari sedap, aroma wangi memikat selera
MALAYSIA sememangnya kaya dengan makanan yang unik dengan nama yang pelik, namun rasanya sangat lazat.
Begitu juga dengan kerabu, pelbagai jenis kerabu yang boleh didapati di negara kita seperti daun selom, kacang botol, sotong, udang, mangga, pucuk paku, belimbing buluh dan sebagainya.
Jangan lupa follow kami di Instagram!
Kerabu merupakan hidangan pembuka selera dengan gabungan lengkap rasa masam, pedas dan sedikit manis.
Ia memang sedap dan lebih menggoda bila bahan campurannya segar sehinggakan boleh diratah begitu sahaja.
Namun kali ini Sinarplus kongsikan resipi kerabu pucuk daun kari.
Biasanya daun kari dipetik dan diletakkan dalam masakan kari atau dimakan sebagai ulam namun jarang melihat ia dijadikan sebagai kerabu.
Rasanya sangat sedap dan memberikan aroma yang enak.
Wow! Boleh cuba ni. Pasti korang akan suka akan rasanya.
Bahan-bahannya;
- Pucuk kari secukupnya
- Ikan sardin @ kembung – direbus dan ambil isi sahaja
- Isi udang – direbus
- Kerisik secukupnya
- Garam dan sedikit serbuk cukup rasa
- Bawang besar – dihilis nipis
Cuba juga Mi Kuah Udang menyelerakan, sajian pikat hati mentua
Bahan kisar;
- Kelapa parut
- 8 biji cili padi – lebihkan jika suka pedas
- Cili merah
- Air asam jawa
- Sedikit belacan – jika suka
Cara membuatnya;
1. Kelapa parut dicampur bersama cili padi, cili merah, belacan dan air asam jawa secukupnya. Kemudian kisar.
2. Leraikan pucuk daun kari kemudian ramas dan gaul. Rendam dengan air garam lebih kurang 15 minit untuk buang bau.
3. Bilas dan tapis pucuk daun kari.
4. Gaulkan pucuk kari tadi dengan semua bahan-bahan yang lain.
Siap, bolehlah dihidangkan bersama nasi putih dan lauk-pauk lain yang bersesuaian.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Nurul Nadzirah
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang