Kerjasama Converse Malaysia x Monkiddo pamer seni & budaya tempatan, lengkap dengan filter AR serta sampul raya eksklusif
BAGI menyemarakkan lagi sambutan raya yang bakal menjelang tidak lama lagi, Converse Malaysia dengan bangganya mengumumkan kerjasama dengan Monkiddo, jenama ilustrasi Malaysia yang terkenal dengan ciptaan yang penuh warna dan imaginatif.
Gandingan dua jenama hebat ini seiring dengan kempen raya eksklusif yang menggabungkan seni dan gaya yang unik,sekali gus mempamerkan warisan budaya yang kaya dan kreativiti moden Malaysia.
Sekadar makluman, Monkiddo yang dihasilkan Lim Jayee yang berbakat, telah menawan hati para peminat seni dengan ilustrasi monster fantasi dan naratif yang menarik.
Kolaboratif jenama ini dengan nama-nama terkenal seperti Rhinoshield, Atmos, dan Kejap Food telah mengukuhkan reputasinya sebagai perintis dalam menggabungkan budaya tempatan dengan daya tarikan global.
Justeru, untuk sambutan Syawal tidak lama lagi, Converse Malaysia dan Monkiddo menjemput orang ramai untuk merayakan semangat perayaan melalui koleksi edisi khas yang menampilkan ilustrasi khas Monkiddo di kedai Converse yang terpilih.
Koleksi ini merupakan penghormatan kepada kepelbagaian budaya Malaysia, menawarkan pandangan segar dan kontemporari terhadap motif Raya tradisional.
"Kami teruja untuk bekerjasama dengan Monkiddo untuk kempen Raya ini," kata Wakil Converse Malaysia.
"Seni unik mereka dan hubungan mendalam dengan budaya Malaysia menjadikan mereka rakan kolaborasi yang sempurna untuk merayakan musim perayaan ini bersama komuniti kami.
Sementara itu, Lim Jayee dalam ucapannya menyatakan keterujaannya untuk kerjasama tersebut.
"Ini adalah impian yang menjadi kenyataan. Pada masa sama, ia memberi peluang untuk mempamerkan ilustrasi kami di platform global dan merayakan kepelbagaian budaya Malaysia sempena Raya,"ujarnya.
Untuk rekod, kempen Raya Converse Malaysia x Monkiddo akan menampilkan filter AR eksklusif di laman media sosial Instagram, acara eksklusif, dan pemasangan interaktif yang mengajak peminat untuk menyelami dunia Monkiddo.
Pemasangan ini akan tersedia di kedai Converse terpilih dan dalam talian, menawarkan cara unik untuk meraikan lebaran dengan penuh gaya.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang