Kes adik-beradik tak puas hati antara sama lain memang banyak berlaku. Ini antara tanda keluarga toksik
KECOH baru-baru ini apabila isu kekeluargaan seorang selebriti popular negara dikongsikan di media sosial.
Berita itu mendapat banyak respons daripada netizen.
Ada juga yang menyatakan situasi adik-beradik yang tidak berpuas hati antara satu sama lain sebegitu memang wujud.
Persekitaran keluarga sedemikian disebut sebagai toksik.
Public Health Malaysia berkata, keluarga toksik merujuk pada lingkungan keluarga yang penuh dengan perilaku negatif, konflik dan hubungan yang tidak sihat.
Situasi tersebut sering kali memberi kesan buruk pada kesejahteraan anggotanya.
“Perselisihan faham dalam kalangan ahli keluarga adalah satu perkara normal.
“Namun, jika persekitaran toksik dalam keluarga berlaku secara berterusan. Ia akan menyebabkan beban kesihatan mental yang parah,” katanya melalui satu entri di Facebook.
Public Health Malaysia turut berkongsikan beberapa tanda-tanda keluarga toksik. Antaranya:
1. Manipulasi anda untuk buat anda rasa bersalah.
2. Penderaan fizikal, mental dan emosi.
3. Selalu memberi kritikan sehingga rasa rendah diri.
4. Mereka merendahkan atau memalukan anda.
5. Kerap membanding-bandingkan.
6. Enggan bertanggungjawab dengan kesilapan sendiri.
7. Menyebabkan bebanan ekonomi dan kewangan.
Tambah Public Health lagi, seseorang perlu mencari seseorang yang dipercayai untuk meluahkan perasaan dan mendapatkan bantuan sekiranya perlu.
Baca juga: Luka hati keluarga, haram sebarkan video & gambar mangsa rentung – Dr Zulkifli
PUTUSKAN HUBUNGAN?
Sementara itu, Healthline berkata, tiada cara yang betul atau salah untuk berurusan dengan ahli keluarga yang toksik.
“Sesetengah individu memilih untuk memutuskan hubungan.“Pun begitu, ada juga menangani situasi itu dengan mengehadkan interaksi sesama mereka,” katanya.
Kedua-dua pendekatan tersebut diambil bagi menjaga emosi dan kesejahteraan masing-masing.
Laman perubatan tersebut berkongsi beberapa tip yang boleh membantu seseorang menghadapi ahli keluarga yang toksik.
Antaranya:
1. Buat pilihan apa yang anda mahu dalam perhubungan ahli keluarga.
2. Elakkan berbual topik yang boleh menimbulkan emosi perbalahan.
3. Buat keputusan tentang apa perkara yang mahu dikongsi atau dirahsiakan daripada ahli keluarga lain.
4. Tetapkan sempadan untuk diri sendiri dan belajar untuk menyatakan tidak kepada perkara yang boleh menjejaskan hubungan ahli keluarga.
5. Tidak perlu untuk mengubah sesiapa dalam ahli keluarga.
6. Rancang pertemuan ahli keluarga yang bersesuaian dengan anda.
Tiada keluarga yang sempurna dan pergaduhan antara adik-beradik itu tidak akan kekal lama dan akhirnya akan berbaik semula.
Oleh itu, SinarPlus sarankan adalah lebih baik kita duduk berbincang dan berunding secara elok jika berdepan perkara yang tidak dipersetujui.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang